وَلَقَدْ صَرَّفْنَا فِي هَٰذَا الْقُرْآنِ لِلنَّاسِ مِنْ كُلِّ مَثَلٍ ۚ وَكَانَ الْإِنْسَانُ أَكْثَرَ شَيْءٍ جَدَلًا
(54) Dan demi sesungguhnya Kami telah huraikan dengan berbagai-bagai cara di dalam Al-Quran ini untuk umat manusia, dari segala jenis contoh bandingan; dan sememangnya manusia itu, sejenis makhluk yang banyak sekali bantahannya.
قَالَ الْإِمَامُ أَحْمَدُ: حَدَّثَنَا أَبُو الْيَمَانِ، أَخْبَرَنَا شُعَيْبٌ، عَنِ الزُّهْرِيِّ، أَخْبَرَنِي عَلِيُّ بْنُ الْحُسَيْنِ، أَنَّ حُسَيْنَ بْنَ عَلِيٍّ أَخْبَرَهُ، أَنَّ عَلِيَّ بْنَ أَبِي طَالِبٍ أَخْبَرَهُ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ ﷺ طَرَقَهُ وَفَاطِمَةُ بِنْتُ رَسُولِ اللَّهِ ﷺ لَيْلَةً، فَقَالَ: “أَلَا تُصَلِّيَانِ؟ ” فَقُلْتُ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، إِنَّمَا أَنْفُسُنَا بِيَدِ اللَّهِ، فَإِذَا شَاءَ أَنْ يَبْعَثَنَا بَعَثنا. فَانْصَرَفَ حِينَ قُلْتُ ذَلِكَ، وَلَمْ يَرْجع إِلَيَّ شَيْئًا، ثُمَّ سَمِعْتُهُ وَهُوَ مُوَلٍّ يَضْرِبُ فَخِذَهُ [وَيَقُولُ] ﴿وَكَانَ الإنْسَانُ أَكْثَرَ شَيْءٍ جَدَلا﴾ أَخْرَجَاهُ فِي الصحيحين .
Sayyidina Ali radhiyallahu ‘anhu mengkhabarkan bahawa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa aalihi wasallam datang kepadanya dan sayyidatina Fathimah pada suatu malam lalu bersabda mafhumnya,
“Mengapa tidak kamu berdua menunaikan solat”
Lalu aku berkata, “Ya Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa aalihi wasallam, hanyasanya diri kita dalam genggaman kekuasaan Allah, apabila Dia kehendaki untuk membangkitkan kami Dia bangunkan.”
Baginda beredar ketika aku berkata demikian dan Baginda sallallahu ‘alaihi wa aalihi wasallam tidak menjawab balas apa pun. Kemudian aku mendengar Baginda sallallahu ‘alaihi wa aalihi wasallam sambil berpaling dan menepuk pada pehanya berkata,
“dan sememangnya manusia itu, sejenis makhluk yang banyak sekali bantahannya.”
(Ahmad: Tafsir Ibnu Kasir)
Muhaddisin mengatakan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa aalihi wasallam membacakan ayat itu sebagai menerima keuzuran Sayyidina Ali radhiyallahu ‘anhu.
Atau menzahirkan kehairanan Baginda sallallahu ‘alaihi wa aalihi wasallam atas jawaban balas spontan Sayyidina Ali radhiyallahu ‘anhu.