Home/Aqidah, Berita/Kewafatan Mufti Saeed Palanpuri rahmatullah alaih

Kewafatan Mufti Saeed Palanpuri rahmatullah alaih

Telah mendapat khabar duka di pagi ini bahawa Syaikh al-Hadith Darul Ulum Deoband Mufti Saeed Palanpuri رحمه الله baru sahaja meninggal dunia.

Beliau ialah rakan sekelas kepada Maulana Lambak Terangganu dan guru kepada Maulana Zaharudin Nawi.

Oleh : Fuad Akmal

Deoband , Salaf, Asyairah, Maturidiyyah

Mufti Saeed adalah guru utama mengajar Sahih Bukhari di Deoband. Seorang penulis prolifik. Mempunyai kemahiran dalam pelbagai bidang dan masih mengajar di Darul Ulum Deoband

1- Mufti Saeed Palanpuri menulis di dalam kitabnya Tuhfah al-Almaie syarah Tarmizi.

“Apabila falsafah Yunani masuk ke dalam dunia Islam dan menyebabkan sebahagian orang Islam goyah akidahnya maka bangkit dua kumpulan mempertahankan akidah sahih dan menjawab dan menyanggah aliran-aliran akidah yang sesat. Dua kumpulan itu ialah yang dipelopori oleh Imam Abu al-Hasan Asya’ari dan Abu Mansur al-Maturidi”.

2- Mereka hanya meneruskan akidah salaf iaitu tanzih (mensucikan Allah dari tasybih, ta’thil, nafi, tajsim). Bezanya ialah pada manhaj. Salaf di atas tanzih bersama tafwid dan kedua-dua Imam tanzih bersama takwil.

3- Mereka yang dah lama belajar akidah pun tidak dapat membezakan antara akidah dan manhaj ayat sifat. Sekali lagi perlu difahami akidah ialah tanzih, manhaj ialah tafwid atau takwil.

4- Mungkin punca tidak memahami ialah apabila kita tenggelam dengan penulisan Ibnu Taymiyyah dan ulama Najd.

5- Sambung Mufti Saeed lagi, “Datang era ulama Deoband. Mereka menamatkan perbezaan antara salaf dan kholaf (Maturidiyah dan Asyairah). Para ulama Deoband memasukkan dua kitab di dalam silibus. Pertama, Akidah Tohawiyah yang mewakili manhaj salaf (manhaj bukan akidah) dan Syarah Akaied Nasafiyyah. Penulis matannya ialah di atas manhaj Maturidi dan penulis syarahnya diatas manhaj Asya’ari”.

6- Sambung Mufti Saeed ” Khulasahnya Deoband mengamalkan penyatuan di dalam manhaj. Asal manhaj ulama-ulama besar Deoband ialah manhaj salaf (tanzih bersama tafwidh) dan mereka menghukum harus takwil ayat-ayat sifat untuk menyelamatkan mereka yang terjebak didalam pemikiran yang menyimpang di dalam bab akidah”.

7- Alhamdulillah di Madrasah Miftahul Ulum Sri Petaling kita menggunakan pendekatan Deoband mempelajari kedua-dua manhaj ini.

Oleh : Maulana Lutfi bin Muharam db.

By |2020-05-19T07:29:16+00:00May 19th, 2020|Aqidah, Berita|0 Comments

Kongsi di dalam media sosial anda

Go to Top