Apakah kelebihan menghafal Al-Quran? JAWAPAN 1) Rasulullah (sallallahu ‘alayhi wa sallam) telah bersabda: "Seseorang yang membaca Al-Quran dan telah menghafalkannya, akan Bersama-sama orang yang mulia seperti (Malaikat / Nabi, di syurga)" (Sahih Bukhari, Hadis: 4937) 2) Rasulullah (sallallahu ‘alayhi wa sallam) bersabda: Akan dikatakan kepada pembaca al-Quran, ‘Bacalah al-Quran dengan tartil sebagaimana kamu telah membacanya di dunia dan naiklah (darjat demi darjat di dalam syurga). Sesungguhnya tempat (kedudukan) kamu adalah [...]