Kitab Tafsir Imam Tabari

ابن جرير الطبري هو أبو جعفر محمد بن جرير الطبري إمام المفسرين وشيخهم، ولد عام 224هـ في طبرستان وتشير بعض الروايات إلى أنّ أصوله من اليمن من قبيلة الأزد التي استوطن كثير من أهلها في المشرق الإسلامي بعد الفتوحات الإسلامية،

Imam Ibnu Jarir Tabari ialah Abu Ja`far Muhammad ibn Jarir Tabari, imam kepada para juru tafsir dan syeikh mereka. Beliau dilahirkan pada tahun 224 Hijrah di Tabaristan dan beberapa riwayat menunjukkan bahawasanya asal beliau adalah daripada Yaman yaitu daripada Kabilah Azdi yang mana kebanyakkan daripada ahli kabilah tersebut telah bermastautin di belah timur negara Islam selepas penaklukan Islam.

وقد رأى والده رؤيا جعلته يهتمّ بتعليمه بعد أن رأى من نباهته وذكائه ما رأى، وقد ألّف الطبري كتبًا كثيرةً لعلّ أهمّها: تاريخ الأمم والملوك؛ المعروف بتاريخ الطبري، وكتاب تفسير الطبري واسمه جامع التبيان عن تأويل آي القرآن، وتعرّض في أواخر حياته لمحنة بقيت ملازمة له حتّى توفاه الله سنة 310هـ

Sesungguhnya ayahnya telah bermimpi dengan satu mimpi yang menjadikannya mengambil berat dengan pengajiannya setelah bahawa ayahnya melihat kecerdikan dan kepintarannya yang terserlah. Sesungguhnya Imam Tabari mengarang kitab-kitab yang banyak, mungkin antara yang paling penting adalah: Sejarah Bangsa-bangsa dan Para Raja; yang dikenal dengan Sejarah Tabari, dan Kitab Tafsir Tabari, yang dinamankan Jami’ at-Tibyan fi Ta’wil Aayi al-Qur’an. Imam Tabari telah berhadapan dengan ujian yang berterusan pada akhir hayatnya melazimi beliau sehingga Allah mewafatkannya pada tahun 310 H.

Kitab Tafsir Tabari

كتاب تفسير الطبري المسمّى جامع التبيان عن تأويل القرآن هو سفرٌ عظيمٌ جاء في أربعةٍ وعشرين مجلّدًا في بعض طبعاته،

Kitab Tafsir Tabari yang dinamakan Jami’ at-Tibyan fi Ta’wil Aayi al-Qur’an, adalah satu pengembaraan ilmiah yang hebat terdapat dalam dua puluh empat jilid, dalam sebahagian cetakannya.

Pandangan Ulama Terhadap Tafsir Tabari

قال عنه أبو حامد الإسفراييني إنّه لو سافر مسافرٌ إلى الصّين ليحصل علم ذلك الكتاب؛ فإنّ ذلك ليس كثيرًا في حقّه،

Telah berkata berkenaan dengannya Imam Abu Hamid al-Isfarayini, “Sesungguhnya sekiranya seorang pengembara melakukan perjalanan ke Negara China, agar ia mendapatkan ilmu kitab tersebut, lalu sesungguhnya demikian itu (yakni perjalanan tersebut) bukanlah satu perjalanan yang jauh dalam menunaikan hak kitab ini yakni perjalanan itu sangat berbaloi dengan hasil yang didapati, bahkan dikira sedikit jika hendak dibandingkan dengan manfaat yang tidak terhingga daripada lautan ilmu yang terdapat dalamnya.

وقال شيخ الإسلام ابن تيمية : (وأما التفاسير التي في أيدي الناس ، فأصحها تفسير ابن جرير الطبري ، فإنه يذكر مقالات السلف بالأسانيد الثابتة ، وليس فيه بدعة ، ولا ينقل عن المتهمين ، كمقاتل بن بكير والكلبي)[ مقدمة التفسير لابن تيمية].

Syaikhul Islam Imam Ibnu Taimiyyah rahimahullah ta’ala telah berkata, “Adapun tafsir-tafsir al-Quran yang berada dengan orang ramai, tafsir yang paling sahih ialah Tafsir Imam Ibnu Jarir Tabari. Sesungguhnya beliau menyebutkan pendapat-pendapat salaf berserta rantaian sanad yang teguh, tiada pada tafsir beliau bid’ah, dan beliau tidak menukilkan daripada orang-orang yang diragui seperti Muqatil bin Bukair dan Kalbi.” (Muqaddimah Tafsir Ibnu Taimiyyah)

وكان يأتي بالآية فيذكر بعدها أقوال الرّجال الذين ارتضى أن يأخذ التفسير عنهم، فيذكرها بأسانيدها، وهذه ميزة لم تكن منتشرة في عصره، ثمّ بعد الانتهاء من التّفسير يرجّح ما يراه هو صوابًا، وبعدها يذكر سبب ترجيحه لذلك الرأي.

Adalah beliau menyatakan ayat al-Quran, lalu menyebut selepas ayat tersebut pendapat para ulama yang beliau pilih pengambilan tafsiran mereka, dan beliau nyatakan dengan sanad-sanadnya.

Ini adalah keistimewaan yang tidak tersebar pada zamannya. Kemudian selepas selesai daripada tafsir beliau akan mentarjihkan pendapat yang beliau berpendapat bahawa ia adalah benar. Setelah itu, beliau akan menyebutkan sebab tarjihnya bagi pendapatnya tersebut.

Manhaj Imam Tabari Dalam Tafsir

انطلق الطبري في تفسيره للقرآن من منهجيّةٍ واضحةٍ مرسومة قد استعدّ لها مسبقًا، حين تسلّح بأدوات العلم والمعرفة اللازمة لخوض غمار هذا البحر المتلاطم الأمواج الذي لا ينبغي أن يلجه سوى الرّبّان الماهر، وكان ابن جرير الطبري نعم الربان الذي اقتحم هذا البحر فأثبت قدمه فيه،

Imam Tabari rahimahullah ta’ala, dalam pentafsirannya akan al-Qur’an, telah menggunakan pendekatan yang jelas, yang telah dirangka terlebih dahulu, ketika beliau mempersiapkan dirinya dengan senjata alat-alat ilmu dan pengetahuan yang diperlukan, untuk memasuki gulung gemulung samudera yang berombak ganas ini, yang tidak sayugia memasukinya melainkan seorang nakhoda yang mahir, dan adalah Imam Ibnu Jarir Tabari adalah sebaik-baik juragan pengemudi yang menerobos masuk ke dalam lautan ini dan menetapkan dengan kukuh kakinya di dalamnya.

فبداية وضع الطبري مقدمة لكتابه شرح فيها أصول التفسير في الإسلام التي التزم بها هو بنفسه، فكان إذا أتى إلى تفسير آية من آي كتاب الله فإنّه يلجأ أوّلًا إلى تفسيرها بآية أخرى في القرآن الكريم، وإلّا فإنّه يفسّرها بالسنّة النبويّة، وبعد السنة تأتي أقوال الصحابة ثمّ التّابعين ثمّ تابعي التّابعين،

Pada permulaannya, Imam Tabari menulis pendahuluan bagi kitabnya, menerangkan padanya prinsip-prinsip pentafsiran dalam Islam yang beliau sendiri berpegang dengannya. Adalah beliau, apabila mula mentafsirkan satu ayat daripada ayat-ayat Kitab Allah, beliau akan mula mentafsirkannya dengan ayat yang lain dalam al-Quran, jika tidak, beliau akan mentafsirkannya dengan hadis-hadis Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam, dan setelahnya pendapat para sahabat, kemudian tabi’in lalu tabi’ tabi’in.

وبعدها يذكر أقوالًا أخرى متفاوتة في الدّرجة والثّقة بناء على اختلاف في قراءة الآية ربّما، أو اختلاف في تأويلها، وبعدها يرجّح رأيًا من هذه الآراء بناء على حجج علميّة منطقيّة مقنعة؛ كالاحتكام إلى اللغة التي نزل فيها الكتاب، أو نقد القراءة من حيث القوة والضعف، أو من خلال الرجوع إلى ما قرره العلماء الكبار من أصول عقائد أهل السنة، أو غيرها من العلوم والمعارف التي أحاط بها الطبري في مسيرته العلمية،

Setelah itu beliau menyatakan pandangan-pandangan lain yang berbeza-beza megikut darjat dan kesiqohan (kepercayaan) berdasarkan
• perbezaan dalam pembacaan ayat itu kadang-kalanya, atau
• perbezaan pada pentafsirannya, dan
• kemudian beliau mentarjihkan (memberi keutamaan) kepada salah satu pendapat ini
berdasarkan hujah ilmiah logik yang meyakinkan; seperti menggunakan bahasa yang mana kitab itu diturunkan, atau kritikan membaca dari segi kekuatan dan kelemahan, atau dengan merujuk kepada apa yang diputuskan oleh para ulama besar mengenai asal usul kepercayaan Sunni, atau ilmu dan pengetahuan lain yang diketengahkan oleh imam al-Tabari dalam kerjaya ilmialaphnya,

وكان الطبري من المفسرين الذين امتنعوا عن التفسير بناء على الرأي، وكذلك حذّر من تلك المسألة، وأورد أحاديث كثيرة تحرّم ذلك،

Imam Tabari rahimahullah ta’ala adalah daripada kalangan mufassirin yang telah menahan diri daripada pentafsiran berdasarkan akal semata-mata, dan begitu juga beliau telah memperingatkan dan memberi amaran daripada terlibat dengan permasalahan ini serta beliau telah menyebut hadis-hadis yang banyak megharamkan demikian itu,