TAFSIR QURAN DARIPADA SAHABAH

وحينئذ إذا لم نجد التفسير في القرآن ولا في السنة رجعنا في ذلك إلى أقوال الصحابة فإنهم أدرى بذلك لما شاهدوا من القرائن والأحوال التي اختصوا بها ولما لهم من الفهم التام والعلم الصحيح والعمل الصالح لا سيما علماؤهم وكبراؤهم كالأئمة الأربعة والخلفاء الراشدين والأئمة المهديين وعبد الله بن مسعود رضي الله عنه .

Pada ketika itu, yakni apabila kami tidak mendapati sebarang pentafsiran dalam al-Quran dan sunnah, maka kami rujuk kembali mengenai perkara itu kepada perkataan-perkataan para Sahabat radhiyallahu ‘anhum.

Kerana merekalah orang yang paling mengetahui mengenai pentafsiran sesuatu ayat al-Quran itu.

Kerana mereka telah menyaksikan petanda-petanda dan situasi-situasi yang ianya adalah terkhusus hanya bagi para Sahabat radhiyallahu ‘anhum.

Kerana kefahaman yang sempurna, keyakinan yang betul dan amal yang baik yang terdapat pada mereka lebih lebih lagi alim ulama’ mereka dan pembesar pembesar mereka seperti para imam yang empat yakni Khulafa Rasyidin Para pemimpin yang diberi petunjuk dan Sayyidina Abdullah bin Mas’ud.

Kepakaran Tafsir Sayyidina Abdullah Ibn Mas’ud radhiyallahu ‘anhu

قال عبد الله يعني ابن مسعود : والذي لا إله غيره ما نزلت آية من كتاب الله إلا وأنا أعلم فيمن نزلت وأين نزلت ولو أعلم مكان أحد أعلم بكتاب الله مني تناله المطايا لأتيته .

Sayyidina Abdullah iaitu Ibnu Mas’ud radhiyallahu ‘anhu berkata, “Demi Zat yang tiada tuhan melainkan-Nya, tiada satu ayat pun daripada kitab Allah subhanahu wa ta’ala (al-Quran) melainkan aku orang yang paling mengetahui kepada siapa ia diturunkan dan di mana ia diturunkan, dan jika aku mengetahui tempat seseorang yang dia lebih mengetahui daripadaku mengenai kitab Allah subhanahu wa ta’ala, tempat yang binatang tunggangan boleh sampai maka aku akan mendatanginya.

Sayyidina Abdullah Ibn ‘Abbas radhiyallahu ‘anhum Ketua Para Mufassir

ومنهم الحبر البحر عبد الله بن عباس ابن عم رسول الله صلى الله عليه وسلم وترجمان القرآن وببركة دعاء رسول الله صلى الله عليه وسلم له حيث قال اللهم فقهه في الدين وعلمه التأويل .

Dalam kalangan mereka ialah alim yang lautan ilmunya, Sayyidina Abdullah Ibn Abbas, sepupu Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa aalihi wa sallam, mufassir al-Quran dengan sebab keberkatan doa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa aalihi wa sallam untuknya, yang mana Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa aalihi wa sallam telah berdoa,

اللّهُمَّ فَقِّهْهُ فِي الدِّينِ وَعَلِّمْهُ التَّأْوِيلَ

“Ya Allah, Engkau berilah beliau kefahaman agama dan ajarkanlah dia takwil (pentafsiran Al-Quran).”