BAB 1: TAKRIF UMUM ULUM AL-QURAN

Secara Bahasa
Kalimah Ulum al-Quran secara bahasa menunjukkan kepada cabang-cabang ilmu yang berhubung kait dengan al-Quran al-Karim. Ini adalah makna yang digunakan pada masa awal Islam (era mutaqaddimin). Kalimah Ulum al-Quran ini merujuk kepada Ulum dan Ma’arif yang bersumberkan daripada al-Quran. Ulum ialah ilmu-ilmu syarak yang bersumberkan al-Quran seperti Aqidah, Fiqh, Tasawwuf manakala Ma’arif pula ialah pengetahuan-pengetahuan akan hakikat sesuatu secara umum yang berkisar tentang manusia, penciptaan, alam semulajadi, tumbuhan, langit dan cakerawala.

Kalimah Ulum al-Quran juga secara bahasanya merujuk kepada ilmu-ilmu yang berkhidmat dalam menerangkan makna-makna al-Quran secara langsung, tidak langsung, berkaitan dengannya atau bersumberkan al-Quran. Dengan makna secara bahasa ini, ia memasukkan ilmu-ilmu yang banyak seperti Ilmu Tafsir, Ilmu Qiraat, Ilmu Rasm Usmani, Ilmu I’jaz al-Quran, Ilmu I’rab al-Quran, keseluruhan ilmu agama, bahasa Arab dan Balaghah, dan kesemua ilmu-ilmu yang para ulama bahaskan dan ajarkan tentang al-Quran dalam karangan dan kuliah mereka.

Secara Istilah
Kemudian para ulama menjadikan kalimah ‘Ulum al-Quran’ sebagai kata nama khas bagi satu jenis ‘prinsip ilmu’ yang menghimpunkan kriteria-kriteria ilmu-ilmu yang berhubung-kait dengan al-Quran secara umum, ringkas dan menyeluruh.

Manakala ‘Ulum al-Quran’ secara bahasa, setiap ilmunya membahaskan al-Quran keseluruhannya, daripada sudut pengkhususan ilmu itu, setiap ayat satu persatu secara pembahasan dan pengkajian yang terperinci dan mendalam.

Oleh itu, Ulum al-Quran secara istilahnya ialah Perbahasan-perbahasan yang menyeluruh dan ringkas berkaitan al-Quran daripada sudut penurunannya, penyusunan dan pengumpulan, penulisan, pentafsiran, pengi’jazannya, nasikh dan mansukh dan seumpamanya.

Penulisan Berkenaan Ulum al-Quran

Melihat kepada kepentingan ilmu ini, banyak pengkajian berkenaan dengannya pada masa lampau dan masa kini. Ramai para mufassir telah menlis dalam pengenalan tafsir-tafsir mereka perbahasan penting berkenaan Ulum al-Quran. Mereka membahaskan padanya perkara-perkara yang berhubung kait dengan Usul al-Tafsir dan I’jaznya, seumpama Muqaddimah Imam at-Tabari dalam tafsirnya ‘Jami’ ul-Bayan’ dan Imam al-Qurtubi dalam tafsir ‘al-Jami’ li-Ahkam il-Quran’.

Para ulama juga telah mengarang kitab yang tersendiri merangkumi cabang-cabang Ulum al-Quran seumpama:

١ – «فنون الأفنان في عيون علوم القرآن»، للإمام أبي الفرج عبد الرحمن بن الجوزي المتوفى سنة ٥٩٧.

٢ – «البرهان في علوم القرآن»، للإمام بدر الدين محمد بن عبد الله الزركشي المتوفى سنة ٧٩٤.

٣ – «الإتقان في علوم القرآن»، للإمام جلال الدين عبد الرحمن السيوطي المتوفى سنة ٩١١. وقد بناه على كتاب البرهان، وأضاف إليه فوائد وبحوثا.

Pada zaman kini, para pengkaji bidang ini telah membataskan penulisan mereka dalam perkara penting yang diperlukan oleh para pembaca dan pelajar masa kini, kerana sandaran mereka kepada penyempurnaan pengkajian-pengkajian lain dalam bidang ulum syariyyah, bahasa Arab, dan permasalahan iktiqad yang telah mapan dan diterima dalam manhaj aliran keilmuan dan pengajian Islam.

Antara karangan-karangan penting masa kini ialah:

١ – «مناهل العرفان في علوم القرآن»، للعلّامة الكبير محمد عبد العظيم الزرقاني. وهو كتاب حافل واسع المحتوى، عذب الأسلوب يقع في مجلدين.

٢ – «المدخل إلى دراسة القرآن الكريم»، لفضيلة أستاذنا الدكتور العلّامة الشيخ محمد محمد أبو شبهة.

٣ – «البيان في علوم القرآن»، لفضيلة أستاذنا الدكتور العلّامة الشيخ عبد الوهاب غزلان.

٤ – «مباحث في علوم القرآن»، للأستاذ الدكتور صبحي الصالح.

٥ – «من روائع القرآن»، للأستاذ الدكتور محمد سعيد رمضان البوطي.