TAFSIR BIL-MA’SUR (TAFSIR AL-QURAN DENGAN RIWAYAT)

Tafsir Quran Dengan Quran

Apakah cara terbaik mentafsirkan al-Quran?

فالجواب إن أصح الطرق في ذلك أن يفسر القرآن بالقرآن فما أجمل في مكان فإنه قد فسر في موضع آخر

Jawabannya, cara yang paling sahih ialah mentafsirkan Al-Qur’an dengan Al-Qur’an. Sesuatu yang disebutkan secara ijmal (ringkas dan menyeluruh) pada satu tempat maka sesungguhnya adakalanya ia diterangkan dengan jelas di tempat yang lain.

فإن أعياك ذلك فعليك بالسنة فإنها شارحة للقرآن وموضحة له بل قد قال الإمام أبو عبد الله محمد بن إدريس الشافعي رحمه الله كل ما حكم به رسول الله صلى الله عليه وسلم فهو مما فهمه من القرآن

Seterusnya jika kamu tidak mendapat penjelasan daripada al-Quran, maka hendaklah merujuk kepada sunnah, karena sunnah itu sebagai penerangan dan penjelasan bagi al-Qur’an. Bahkan Imam Abu Abdullah, Muhammad ibnu Idris as-Syafii rahimahullah berkata bahawa setiap hukum yang diputuskan oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa alihi wa sallam adalah daripada apa yang difahami oleh Baginda daripada Al-Qur’an.

Dalil Tafsir Quran Dengan Quran

Dalil daripada Quran

Allah subhanahu wa ta’ala berfirman,

إِنَّا أَنْزَلْنا إِلَيْكَ الْكِتابَ بِالْحَقِّ لِتَحْكُمَ بَيْنَ النَّاسِ بِما أَراكَ اللَّهُ وَلا تَكُنْ لِلْخائِنِينَ خَصِيماً

Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab kepadamu dengan membawa kebenaran, supaya kamu mengadili antara manusia dengan apa yang telah Allah wahyukan kepadamu, dan janganlah kamu menjadi penentang (orang yang tidak bersalah) kerana (membela) orang-orang yang khianat. (An-Nisa: 105)

Dalil daripada hadis

ولهذا قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ألا إني أوتيت القرآن ومثله معه

(رواه الإمام أحمد في المسند (4/ 131) وأبو داود في السنن برقم (4604

Oleh kerana ini, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Ketahuilah, sesungguhnya aku telah diberi al-Qur’an dan seumpamanya bersamanya yakni Sunnah.” (Ahmad dan Abu Daud)