PENGENALAN
Baitul Quran Centre (BQC) telah ditubuhkan dengan rasminya pada tahun 2010 dan memulakan pengajian Al-Quran untuk semua peringkat umur sama ada di peringkat kanak-kanak, remaja dan dewasa.
VISI
Menjadi pusat penjana, penyebar dan pengaplikasi ilmu Al-Quran dan Islam sejati serta pemangkin kepada pembangunan insan untuk mencapai keredaan Allah SWT.
MISI
Memacu bidang agama Islam melalui penjanaan program pengajian dan penyelidikan cemerlang kearah membentuk kesempurnaan insan.
OBJEKTIF
- Melahirkan para cendikiawan Islam berpengetahuan dan berkemahiran tinggi dalam bidang agama Islam
- Melahirkan pemimpin-pemimpin yang mempunyai nilai-nilai murni
- Melahirkan sumber manusia yang mahir
- Sebagai tempat rujukan, khidmat nasihat dalam hal-hal agama setempat dan antarabangsa
STRATEGI KAMI
Kami mempunyai perancangan yang agak unit dan akan dilaksanakan peringkat demi peringkat:
- Fasa Pengajian Al-Quran Peringkat Kanak-kanak dan Dewasa
- Fasa Pengajian Bahasa Arab
- Fasa Pengajian Al-Quran dan Hadith
PROGRAM
KELAS AL-QURAN DAN TAHSINUL QURAN
Kelas belajar Al-Quran, tajwid, Adab dan Sunnah.
Yuran pengajian:
Pendaftaran : RM30
Bulanan : RM30
Waktu :
1)Dewasa –
Selasa dan Rabu malam.
Selepas isyak hingga 10.30 pm
2)Remaja –
Ahad-Rabu
Seisi petang : 4.00 pm – 6.00pm
Seisi malam : 7.30pm – 8.30pm
3)kanak- kanak –
Ahad-Rabu
Seisi petang : 4.00 pm – 6.00pm
Seisi malam : 7.30pm – 8.30pm
PROGRAM TAHFIZ AL-QURAN BQC.
1)Hafazan
2)Tajwid
3)Qira’ah
4)Feqah
5)Syarahan
1.0 Hafazan
Menghafal 30 juzuk lafaz demi lafaz ditasmik oleh ustaz yang hafiz. Dalam masa tasmik hafazan, 3 cara menghafal perlu dijaga dan diambil berat oleh pelajar.
1.1. SABAK
1.2. PRA SABAK
1.3. MANZIL
1.1. Sabak
- Pelajaran baru yang dihafal oleh pelajar dan ditasmik dengan guru.
- 5 kali seminggu selama 2 jam sehari.
- Sekurang-kurangnya pelajar perlu menghafal 10 baris mengikut Rasm Uthmani.
1.2. Pra sabak
- Ulangan hafalan dalam juzuk yang sama pelajaran baru(sabak).
- 5 kali seminggu selama 1jam 10 minit.
1.3. Manzil
- Ulangan hafazan yang lepas dari juzuk yang lain yang telah dihafal oleh pelajar.
- 4 kali seminggu selama 1jam 30 minit sehari.
2.0. Tajwid
Ilmu yang dapat mengetahui cara bacaan yang betul mengikut cara yang dibaca oleh Nabi kita Nabi Muhammad S.A.W. Dan dengan tajwid jugalah pelajar akan mengetahui mana silapnya bacaan dan waqf dalam bacaan.
( 2 kali seminggu selama 30 minit )
3.0. Qira’ah
Dalam ilmu Qira’ah pelajar akan diajar kadar dan tingkatan dalam membaca Al-Quran. Ada 3 kadar dan tingkatan dalam kita membaca Al-Quran.
- TARTIL
- HADDAR
- TADWIR
1.1. Tartil
Bacaan yang perlahan, tenang dan melafazkan setiap huruf daripada makhrajnya yang tepat serta menurut hukum-hukum bacaan tajwid dengan betul. Tingkatan bacaan ini lebih diutamakan dalam bacaan harian kita.
1.2. Haddar
Bacaan yang cepat serta memelihara hukum-hukum tajwid. Tingkatan bacaan ini biasanya dibaca oleh mereka yang menghafal Al-Quran supaya mereka dapat mengulangi bacaan dengan cepat.
1.3. Tadwir
Bacaan yang pertengahan diantara tartil dan haddar, serta memelihara hukum-hukum tajwid.
( Satu kali seminggu selama 1 jam pada hari khamis )
Guru yang mengajar Ust Muhammad Nur zubair Al-Hafiz.
4.0. Feqah
Ilmu hukum hakam agama dari kitabul toharah sehingga kitabul hajj.
( Dua kali seminggu selama 30 minit )
Guru yang mengajar Ustaz Muhammad Nur Hanzalah Al-Hafiz
5.0. Syarahan
Pelajar akan diajar cara memberi syarahan atau ceramah supaya ceramah dapat disampaikan dengan gaya yang tepat, pengunaan bahasa yang indah dan mudah difahami oleh mereka yang mendengar.
( Satu kali seminggu selama satu jam pada hari khamis )
Guru yang mengajar Ustaz Muhammad Nur-Alimy.
PERATURAN BQC
Peraturan umum Baitul Quran Centre :_
- Pelajar mestilah berpakaian kemas dan bersih.
- Berjubah putih beserta dengan serban putih.
- Pelajar mestilah datang awal sebelum kelas bermula.
- Taat pada ustaz dan semua kakitangan BQC.
- Tidak dibenarkan membawa telefon bimbit dan segala alatan elektronik.
- Segala urusan mestilah melalui ustaz kelas atau kakitangan BQC.
- Tidak dibenarkan cuti selain cuti yang ditetapkan oleh pihak BQC.
- Penginapan disediakan kepada pelajar bagi ibubapanya yang terpaksa berada diluar kawasan dengan bayar tambahan rm 3.00 sehari.
- Pelajar mestilah berakhlak baik apabila berada diluar madrasah.
- Seluar jean dan potongan yang hampir sama dengannya tidak dibenarkan.
- Rambut hendaklah sentiasa pendek.
- Bahan-bahan bacaan seperti majalah, komik dll tidak dibenarkan.
HUBUNGI KAMI
ALAMAT :
BAITUL QURAN CENTRE
Lot 10933, Kg Mengabang Telong,
Batu Rakit,
21020 Kuala Terengganu,
Terengganu. Malaysia.
NO TELEFON :
Pejabat : +609-669 3406
Ust Mohd Nur Alimy : +6019-9624853
Ust Mohd Nur Zubair : +6013-9589379
EMAIL :
baitulqurancentre@yahoo.com.my
baitulqurancentre21020@gmail.com
FACEBOOK :
www.facebook.com/BaitulQuran21020
SUMBANGAN
Nama Bank: CIMB ISLAMIC, MALAYSIA
Nama Akaun: Baitul Quran
No. Akaun: 13110000685-10-9