Home/Fiqh, Ibadah, Ibadat, Soal Jawab/Adakah Bid’ah Mencium Mushaf Al-Quran?

Adakah Bid’ah Mencium Mushaf Al-Quran?

Biasanya seorang muslim mencium mushaf adalah kerana membesarkannya, maka tujuan tersebut menepati sifat hati orang beriman yang disebut dalam firmanNya;

ذَٰلِكَ وَمَنْ يُعَظِّمْ شَعَائِرَ اللَّهِ فَإِنَّهَا مِنْ تَقْوَى الْقُلُوبِ

“Demikianlah (perintah Allah). Dan barangsiapa mengagungkan syi’ar-syi’ar Allah, maka sesungguhnya itu timbul dari ketakwaan hati.” (Surah al-Hajj, ayat 32).

Ada riwayat menceritakan bahawa Sayyidina Umar radhiyallahu ‘anhu pernah mencium mushaf, lalu berkata, “Ini adalah perjanjian Tuhanku”. Perbuatan yang sama turut diriwayatkan dari Sayyidina Usman radhiyallahu ‘anhu.

Diceritakan juga bahawa Sayyidina Ikrimah radhiyallahu ‘anhu meletakkan mushaf di mukanya sambil berkata, “Kitab Tuhanku, Kitab Tuhanku”. (at-Tibyan, Imam an-Nawawi).

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. Fatwa Dar al-Iftak Jordan, mufti; Syeikh Nuh Salman (https://www.aliftaa.jo/), no. fatwa; 2645.
2. at-Tibyan Fi Adabi Hamalatil Quran (Imam an-Nawawi), hlm. 191 (Maktabah al-Muayyad).

By |2022-05-09T13:04:25+00:00May 9th, 2022|Fiqh, Ibadah, Ibadat, Soal Jawab|0 Comments

Kongsi di dalam media sosial anda

Go to Top