Home/Pengajian Takhassus Tafsir/Mengenali Mufassirin – Sayyidina Ali bin Abi Talib

Mengenali Mufassirin – Sayyidina Ali bin Abi Talib

MENGENALI MUFASSIRIN DI KALANGAN PARA SAHABAT

SAYYIDINA ALI BIN ABI TALIB RADIYALLAHU ‘ANHU

  • Beliau bernama ‘Ali bin Abi Talib bin ‘Abdul Muttalib Al-Qurashi Al-Hashimi merupakan sepupu dan menantu Nabi sallallahu’alaihi wa sallam. Beliau berkahwin dengan puteri Nabi iaitu Sayyidatina Fatimah radiyallahu ‘anha.
  • Ibu beliau bernama Fatimah binti Asad bin Hashim. Hashim ini merupakan Hashim pertama dalam keturunan Hashimiyyin.
  • Sayyidina ‘Ali merupakan Khulafa’ Rasyidin yang keempat dan orang pertama dari Bani Hashim yang menjadi Khalifah.
  • Beliau merupakan di antara orang terawal memeluk Islam. Kesemua peperangan di zaman Nabi dapat beliau sertai kecuali Perang Tabuk kerana perintah Baginda supaya beliau bersama dengan ahli keluarga beliau.
  • Semasa Peperangan Khandaq Baginda bersabda, “Aku benar-benar akan menyerahkan panji ini kepada orang yang Allah Ta’ala akan memberi kemenangan melaluinya. Dia adalah orang yang cintakan Allah dan Rasul-Nya dan dia juga dicintai oleh Allah dan Rasul-Nya”. Kemudian Baginda telah menyerahkan panji tersebut kepada Sayyidina ‘Ali.
  • Semasa Rasulullah sallallahu’alaihi wa sallam mempersaudarakan para Sahabat satu sama lain, Baginda telah berkata kepada beliau, “Engkau adalah saudaraku dunia dan akhirat.
  • Beliau termasuk dalam golongan sepuluh orang Sahabat yang dijamin syurga sewaktu masih hidup di dunia. Beliau juga mempunyai banyak kelebihan yang tiada pada orang lain.
  • Beliau wafat pada bulan Ramadan tahun 40 Hijrah setelah dibunuh oleh ‘Abdurrahman bin Muljam Al-Khariji. Menurut satu riwayat beliau berumur 63 tahun pada waktu itu.
  • Beliau merupakan seorang yang luas ilmu pengetahuannya. Banyak perkara yang tidak jelas bagi Sahabat-sahabat Baginda yang dirujuk kepada beliau sehingga Sayyidina Ibnu Mas’ud pernah menyebutkan bahawa beliau merupakan Ahli Madinah yang paling arif dalam bab qada’.
  • Beliau merupakan Sahabat Baginda yang terhimpun pada dirinya kemahiran dalam masalah qada’ dan fatwa, seorang yang ‘alim tentang Al-Quran dan memahami rahsia-rahsia serta makna-makna tersembunyi di dalam Al-Quran.
  • Sayyidina Ibnu ‘Abbas radiyallahu ‘anhu berkata bahawa beliau juga mempelajari Al-Quran daripada Sayyidina ‘Ali.
  • Imam Abu Nu’aim di dalam kitab Al-Hilyah menyatakan satu riwayat daripada Sayyidina ‘Ali bahawa beliau berkata, “Demi Allah tiada ayat yang turun melainkan aku tahu mengapa ia diturunkan dan di mana ia diturunkan”.

والله أعلم بالصواب و علمه أعم و أتم

Sumber: التفسير و المفسرون لالدكتور محمد حسين الذهبي

Oleh: Ustaz Syahin Amal Bin Shukor
Pengajian Takhassus Tafsir Al-Quran

Kembali ke Senarai Artikel Pengajian Takhassus Tafsir

Kongsi di dalam media sosial anda

Go to Top