Home/Pengajian Takhassus Tafsir/Mengenali Mufassirin – Sayyidina Ibnu Abbas

Mengenali Mufassirin – Sayyidina Ibnu Abbas

MENGENALI MUFASSIRIN DI KALANGAN PARA SAHABAT

SAYYIDINA IBNU ‘ABBAS RADIYALLAHU’ANHU

  • Beliau bernama ‘Abdullah bin ‘Abbas bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim bin ‘Abdu Manaf al-Qurashi al-Hashimi, beliau merupakan sepupu Nabi di sebelah bapa.
  • Ibu beliau bernama Lubabah al-Kubra binti Al Haris bin Hazan al-Hilaliyyah.
  • Menurut satu riwayat beliau dilahirkan tiga tahun sebelum hijrah dan telah ditahnikkan oleh Nabi sallallahu’alaihi wa sallam sendiri dengan air liur Baginda, dikatakan bahawa beliau selalu berdamping dengan Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam.
  • Di samping hubungan kekeluargaan beliau sendiri dengan Nabi beliau juga mempunyai seorang ibu saudara sebelah ibu yang merupakan salah seorang isteri Nabi iaitu Sayyidatina Maimunah radiyallahu’anha.
  • Semasa kewafatan Rasulullah sallallahu’alaihi wa sallam beliau berumur 13 tahun, menurut pendapat lain 15 tahun.
  • Beliau juga berdamping dengan Para Sahabat yang kanan (senior) dan mempelajari dari mereka hadis-hadis Rasulullah yang beliau tidak sempat dengar sendiri dari Baginda.
  • Menurut pendapat yang kuat beliau wafat ketika berumur 68 tahun di Kota Taif dan dimaqamkan di sana.
  • Diantara gelaran masyhur yang diberikan kepada beliau ialah “Al-Habru” (Cerdik Pandai) dan “Al-Bahru” (Lautan) kerana ilmu beliau yang sangat luas.
  • Beliau juga digelar “Turjuman al-Quran” (Pentafsir Al-Quran), Dr. Muhammad Husain Azzahabi di dalam kitab beliau At-Tafsir wal Mufassirun menyebut bahawa riwayat dari Sayyidina Ibnu ‘Abbas mengenai tafsir Al-Quran adalah tidak terhitung sehingga hampir setiap ayat Al-Quran akan didapati satu atau beberapa pendapat beliau mengenai tafsirannya.

والله أعلم بالصواب و علمه أعم و أتم

Sumber: التفسير و المفسرون لالدكتور محمد حسين الذهبي

Oleh: Ustaz Syahin Amal Bin Shukor
Pengajian Takhassus Tafsir Al-Quran

Kembali ke Senarai Artikel Pengajian Takhassus Tafsir

Kongsi di dalam media sosial anda

Go to Top