Home/Ibadat/Doa Nabi Khidir melalui Sayyidina Ali

Doa Nabi Khidir melalui Sayyidina Ali

بَيْنَا أَنَا أَطُوفُ بِالبَيْتِ إِذَا رَجُلٌ مُعَلَّقٌ بِأَسْتَارِ الكَعْبَةِ وَهُوَ يَقُولُ: يَا مَنْ لَا يَشْغَلُهُ سَمْعٌ عَنْ سَمْعٍ، يَا مَنْ لَا تُغْلِطُهُ المَسَائِلُ، يَا مَنْ لَا يَتَبَرَّمُ بِإِلْحَاحِ المُلِحِّينَ، أَذِقْنِي بَرْدَ عَفْوِكَ وَحَلاوَةَ رَحْمَتِكَ، فَقُلْتُ: يَا عَبْدَ اللهِ، أَعِدِ الكَلام، قَالَ: وَسَمِعْتَهُ؟ قُلْتُ: نَعَمْ؛ قَالَ: وَالَّذِي نَفْسُ الخَضِرِ بِيَدِهِ وَكَانَ هُوَ الخَضِرَ، لَا يَقُولُهُنَّ عَبْدٌ دُبُرَ الصَّلاةِ المَكْتُوبَةِ إِلا غُفِرَتْ ذُنُوبُهُ وَإِنْ كَانَتْ مِثْلَ رَمْلِ عَالِجٍ وَعَدَدِ المَطَرِ وَوَرَقِ الشَّجَرِ؟

Kata Sayyidina Ali radhiyallahu ‘anhu, ketika aku bertawaf di Baitullah, tiba-tiba aku melihat seorang lelaki yang bergantung di kelambu Kaabah. Sedangkan dia berkata,

يَا مَنْ لَا يَشْغَلُهُ سَمْعٌ عَنْ سَمْعٍ، يَا مَنْ لَا تُغْلِطُهُ المَسَائِلُ، يَا مَنْ لَا يَتَبَرَّمُ بِإِلْحَاحِ المُلِحِّينَ، أَذِقْنِي بَرْدَ عَفْوِكَ وَحَلاوَةَ رَحْمَتِكَ

(Terjemahan: Wahai Zat yang sesuatu pendengaran tidak menyibukkanNya daripada pendengaran yang lain, wahai Zat yang permintaan-permintaan tidak menjadikanNya melakukan kesilapan, wahai Zat yang tidak pernah jemu dengan desakan daripada para hamba yang meminta dan berdoa, rasakanlah aku akan kesejukan keampunanMu dan kemanisan rahmatMu.)

Maka aku katakan kepadanya, “Wahai hamba Allah, ulangkanlah apa yang kamu katakan.”

Dia berkata, “Adakah kamu telah mendengarnya?”

Aku berkata, “Ya.”

Dia berkata, “Demi jiwa Khidir yang dalam genggaman kekuasaanNya, (dan adalah orang itu Khidir alaihis salam), tidak mengucapkan kalimah-kalimah ini oleh seseorang selepas daripada solat yang fardu melainkan dosa-dosanya akan diampunkan walaupun adalah dosa-dosanya sebanyak butiran pasir dan sebanyak titisan hujan dan dedaun pepohonan.”

By |2022-03-15T03:06:42+00:00March 14th, 2022|Ibadat|0 Comments

Kongsi di dalam media sosial anda

Go to Top