Adakah apa-apa zikir yang sahih setelah solat Jumaat? Atau adakah hanya zikir seperti selepas solat fardhu yang umum sahaja?
JAWAPAN
Sebagai tambahan kepada bacaan biasa setelah setiap solat fardhu, seseorang itu bolehlah menambah seperti berikut:
Sayyidatuna ‘Aishah (radiyallahu’anha) mengatakan bahawa Rasulullah (sallallahu’alayhi wasallam) bersabda:
‘Barangsiapa membaca surah-surah berikut sebanyak 7 kali, sebelum berbicara dengan sesiapa pun setelah solat Jumaat, dia akan dilindungi sehingga Jumaat berikutnya,
Surah Ihklas, 7 Kali
Surah Falaq, 7 Kali
Surah Nas, 7 Kali
(‘Amalul yawmi wal laylah dari Ibnus Sunni, Hadis: 375)
Amalan ini bagus untuk diamalkan dan ianya disokong oleh Riwayat yang serupa daripada Sahabah dan Tabi’in yang lain (radiyallahu’anhum)
Antaranya ialah:
1) Sayyidatuna Asma (radiyallahu’anha)
(Musannaf ibn Abi Shaybah, Hadis: 5621 & 30218, Shu’abul Iman dari Imam Bayhaqi, Hadis: 2342, Fadailul Quran Abu ‘Ubayd, ms 146 & Fadailul Quran Ibnud Durays, Hadis: 290)
2)Imam Zuhri (rahimahullah)
(Shu’abul Iman, setelah Hadis: 2342 & Fadailul Quran Abu ‘Ubayd, ms 146)
3) Imam Makhul (rahimahullah)
(Sunan Sa’id ibn Mansur; Al-Futuhatur Rabbaniyyah, jilid 4 ms.232-233)
Lihat juga: Al-Azkar dari Imam Nawawi, Hadis: 520 & Al-Futuhatur Rabbaniyyah, jilid 4 ms.232-233.
Catatan 1: Beberapa versi menambahkan Surah Al-Fatihah pada awalnya.
Catatan 2: ‘Perlindungan’ dalam Hadis ini merujuk kepada perlindungan harta benda, keluarga, urusan duniawi dan juga agama seseorang.
Catatan 3: Dalam era akhir zaman seperti kita, pembacaan ini sangat perlu diambil kira, dan tidak boleh diabaikan…
Dan Allah Taala Maha Mengetahui,
Dijawab oleh: Maulana Muhammad Abasoomar