Tolong jelaskan asal usul dan apa akan jadi pada batu hajarul aswad di hari kiamat?
Saya diberitahu bahawa itu adalah batu putih di dalam syurga dan diturunkan bersama Adam (‘alayhis salam) ke bumi. Ia berubah menjadi hitam kerana dosa-dosa manusia dan pada hari Qiyamah Allah akan memberikannya dua mata dan mulut.
JAWAPAN
Terdapat banyak hadis yang menyokong apa yang anda dengar.
Berikut adalah dua riwayat yang sahih:
1. Sayyiduna ‘Abdullah bin‘ Abbas (radiyallahu’anhuma) meriwayatkan bahawa Rasulullah (sallallahu’alayhi wasallam) bersabda:
‘Batu hitam itu adalah rubi putih dan ianya rubi dari syurga, batu itu menjadi hitam kerana dosa-dosa orang musyrik. Ianya akan dibawa pada hari kiamat kelak sebesar Gunung Uhud, untuk menjadi saksi kepada sesiapa yang menyentuh atau menciumnya di dunia. ‘
(Sahih Ibn Khuzaymah, Hadis: 2734)
2. Sayyiduna ‘Abdullah bin‘ Abbas (radiyallahu ‘anhuma) meriwayatkan bahawa Rasulullah (sallallahu’alayhi wasallam) bersabda:
‘Sesungguhnya pada hari penghakiman, batu (hitam) ini akan mempunyai lidah dan dua bibir untuk memberi kesaksian bagi mereka yang menyentuhnya.’
(Sunan Tirmidhi, Hadis: 961, Sunan Ibn Majah, Hadis: 2944, Sahih Ibn Khuzaymah, Hadis: 2736 & Sahih Ibn Hibban; Al Ihsan, Hadis: 3711)
Lebih banyak hadis mengenai topik ini mungkin bersumber dari buku: ‘Fadlul Hajaril aswad wa Maqami Ibrahim’ dari Shaykh Sa-id Bakdash.
Dan Allah Taala lebih mengetahui
Dijawab oleh: Moulana Muhammad Abasoomar