Home/Hadis, Soal Jawab/Amaran Terhadap Sengajanya Meninggalkan Puasa Di Bulan Ramadan

Amaran Terhadap Sengajanya Meninggalkan Puasa Di Bulan Ramadan

Mohon nyatakan riwayat berikut:

“Sesiapa yang meninggalkan puasanya walaupun satu hari di bulan Ramadan tanpa keuzuran atau tanpa sakit, maka jika dia berpuasa seumur hidupnya, dia tetap tidak dapat menebusnya (pahala puasa Ramadan pada hari itu).”

“Sekiranya seseorang itu tidak berpuasa satu hari di bulan Ramadan, dia tidak dapat memperoleh pahala satu hari itu, walaupun dia berpuasa sepanjang tahun selain dari bulan ramadan.”

JazakAllah khayran

JAWAPAN

Sayyiduna Abu Hurayrah (radiyallahu ‘anhu) meriwayatkan bahawa Rasulullah (sallallahu‘ alayhi wasallam) bersabda:

“jika seseorang itu meninggalkan puasa walaupun satu hari di bulan Ramadan tanpa ada keuzuran atau tanpa sakit, maka dia tidak akan dapat menebusnya(pahala puasa ramadan), sekalipun dia berpuasa seumur hidupnya.”

(Sunan Nasai, Hadis: 3265, 3271, Sunan Abi Dawud, Hadis: 2388, Sunan Tirmidhi, Hadis: 723 dan lain-lain. Lihat Targhib, jilid 2 ms.108, dan At-Taysir, jilid 2 ms.403)

Hadis ini agak lemah, tetapi sesuai digunakan untuk memberi amaran terhadap dosa. Hal ini juga disokong oleh pernyataan yang serupa, yang telah diriwayatkan dari Sayyiduna ‘Ali dan Sayyiduna‘ Abdullah ibn Mas’ud (radiyallahu’anhuma)

(Musannaf Ibn Abi Shaybah, Hadis: 9877, 9878)

Catatan: Hadis ini tidak boleh disalahfaham untuk merujuk kepada salah satu puasa qada’ yang dimaafkan. Tujuan hadis ini adalah untuk menjelaskan bahawa sejauh mana barakah, pahala dan lain-lain yang dicapai pada bulan Ramadan. Yang mana tidak akan dapat ditandingi oleh amalan yang dilakukan selain dari bulan Ramadan. Sepertimana orang yang solat secara berjemaah; ganjaran dan kesannya tidak akan dapat ditandingi, walaupun seseorang itu mengulang solat dua puluh lima kali atau lebih. (Lihat Mushkilul Athar dari Tahawi, jilid 4 ms.180, Tahdhibut Tahdhib, jld.9 ms.204 dan Badhlul Majhud, jilid 8 ms.569)

Dan Allah Taala lebih mengetahui,

Dijawab oleh: Moulana Muhammad Abasoomar

By |2021-04-14T03:03:46+00:00April 14th, 2021|Hadis, Soal Jawab|0 Comments

Kongsi di dalam media sosial anda

Go to Top