Adakah sahih hadis yang berikut:
Rasullullah (sallallahu ‘alayhi wa sallam) mengatakan bahawa seorang wanita yang menuntut perpisahan kepada suaminya, dia tidak akan mencium cium bau syurga. Wanita seperti itu disebut sebagai munafiq (munafik) di dalam hadis.
JAWAPAN
Sayyiduna Thawban (radiyallahu ‘anhu) meriwayatkan bahawa Nabi (sallallahu‘ alayhi wa sallam) bersabda: “Haruman syurga adalah haram bagi mana-mana wanita yang meminta suaminya untuk bercerai tanpa alasan yang sah”
(Sunan Tirmidhi, Hadis: 1187, Sunan Abi Dawud, Hadis: 2226)
Imam Hakim, Dhahabi dan Ibn Hibban (rahimahumullah) telah menggolongkan hadis di atas sebagai (sahih)
(Mustadrak Hakim jilid 2 ms 200 dan Sahih Ibn Hibban; Al Ihsan, Hadis: 4184)
Bahagian kedua dari soalan tersebut, Mengenai wanita-wanita ini disebut sebagai munafik – juga dicatat dalam Sunan Tirmidhi atas Sayyiduna Thawban (radiyallahu ‘anhu).
Imam Tirmidhi (rahimahullah) telah menyatakan bahawa sanad perawi untuk riwayat ini tidak kuat. (wa laysa isnaduhu bil qawiy)
(Sunan Tirmidhi, Hadis: 1186)
Dan Allah Taala lebih mengetahui
Dijawab oleh: Moulana Suhail Motala