Salah satu keistimewaan basmalah, sebagaimana yang disampaikan oleh Imam Muhammad Nawawi Al-Jawi dalam kitabnya “Kasyifat us-Saja” yang beliau nukilkan daripada Imam Ahmad As-Sowi,
ومن خواصها اذا تلاها شخص عند النوم إحدى وعشرين مرة أمن تلك الليلة من الشيطان
وأمن بيته من السرقة وأمن من موت الفجاة وغير ذلك من البلايا.
“Antara keistimewaan basmalah, apabila seseorang membacanya sebanyak 21 kali sebelum tidur, maka pada malam itu ia aman daripada gangguan syaitan, terselamat rumahnya daripada kecurian, dan dia terselamat daripada mati secara mengejut, dan daripada setiap bencana dan malapetaka.”