Soalan :
Saya merupakan Anak lelaki tunggal, ayah sudah tiada, jadi zakat mak saya yang bayarkan sedangkan mak saya berada di Negeri Sembilan manakala saya berada di Selangor tetapi bekerja di Kuala Lumpur, saya berpegang bayar zakat di tempat cari rezeki? Adakah ia betul atau salah? Mak saya pun kira saya bayar sekali di Kuala Lumpur
Jawaban :
1. Kaedah asalnya bayar di tempat mana berada di malam raya.
2. Jika bayar untuk ibu sepatutnya di mana ibu berada pada masa yang sama.
3. Namun boleh beramal dengan pandangan yang menyebut boleh membayar zakat bukan di tempat kita berada pada malam raya.
4. Yang penting maklumkan dan minta izin ibu terdahulu untuk membayar bagi pihaknya.
- *Jawaban daripada al-Fadhil Ustaz Ahmad Lutfi Muharam*