Home/Ibadat/Azab Tidak Terasa

Azab Tidak Terasa

احذروا العقاب غير المحسوس
انه اعظم من العقاب المحسوس
قال أحد الطلاب لشيخه: “كم نعصي الله ولا يعاقبنا”.
فرد عليه الشيخ: “كم يعاقبك الله وأنت لا تدري”.!
ألم يسلبك حلاوة مناجاته ..!!
وما ابتلي أحد بمصيبة أعظم عليه من [قسوة قلبه].
إن أعظم عقاب يمكن أن تلقاه هو قلة التوفيق إلى أعمال الخير .
ألم تمر عليك الأيام دون قراءة للقرآن .
بل ربما تسمع قوله تعالى: {لو أنزلنا هذا القرآن على جبل لرأيته خاشعاً متصدعاً من خشية الله} ..
وأنت لا تتأثر كأنك لم تسمعها ..!!!
ألم تمر عليك الليالي الطوال وأنت محروم من [القيام] ..؟!
ألم تمر عليك مواسم الخير: رمضان .. ست شوال .. عشر ذي الحجة . ولم تُوفق إلى استغلالها كما ينبغي ..
أي عقاب أكثر من هذا؟!
ألا تحس بثقل الطاعات ؟!
ألم يُمسِك لسانك عن ذكره تعالى؟!
ألا تحس بضعف أمام الهوى والشهوات ؟
ألم تبتلى بحب المال والجاه والشهرة ؟
أي عقاب أكثر من ذلك؟!
ألم تسهل عليك الغيبة والنميمة والكذب؟!
ألم يشغلك الفضول بالتدخل فيما لا يعنيك؟!
ألم يُنسِك الآخرة ويجعل الدنيا أكبر همك؟!
هذا الخذلان ما هو إلا صور من عقاب الله .
إحذر يا بني فإن أهون عقاب لله : ” ما كان محسوساً” في المال أو الولد أو الصحة .
وأن أعظم عقاب “ما كان غير محسوس”في القلب .
نسأل الله العافيه لنا ولكم

 

Berwaspadalah dengan hukuman atau balasan yang tidak dapat dirasai. Sesungguhnya ia lebih dahsyat daripada balasan/hukuman yang dapat dirasai.

Salah seorang pelajar telah bertanya kepada gurunya, “Berapa banyak kita telah buat maksiat terhadap Allah swt namun Allah swt tidak menghukum/membalas pun terhadap kita?”.

Gurunya langsung menjawab, “Sebenarnya, betapa banyak Allah swt telah menghukum /membalasi kita namun kamu tidak sedari.”

Gurunya menyambung, “Bukankah Allah swt telah mencabut daripada mu kemanisan bermunajat kepada-Nya? Tidak ada sesiapa yang diberi musibah yang lebih dahsyat daripada kekerasan hati.”

Sesungguhnya balasan yang paling teruk yang kamu mungkin menerimanya ialah kekurangan taufiq ke arah amalan-amalan kebaikan.

Tidakkah pernah berlalu atas kamu beberapa hari tanpa kamu membaca Al-Quran? Bahkan ada masanya kamu dengar firman Allah swt,
لو أنزلنا هذا القرآن على جبل لرأيته خاشعا متصدعا من خشية الله
“Jikalau Kami turunkan Al-Qur’an ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan takut kepada Allah swt….. (al Hasyr 21)

namun kamu langsung tidak terkesan seolah-olah kamu tidak mendengar pun Al Quran itu. Tidakkah pernah berlalu atas kamu beberapa malam sedangkan kamu tak dapat pun untuk qiyamullail. Tidakkah biasa berlalu atas kamu musim-musim kebaikan – Ramadhan, 6 hari bulan Syawal, 10 Zulhijah, sedangkan kamu tidak mendapat taufiq untuk meraih peluang-peluang itu sebagaimana sepatutnya. Hukuman mana lagi yang lebih dahsyat daripada itu?” Tidakkah kamu rasa beratnya untuk taat? Tidakkah Allah swt telah kelukan lidahmu daripada berzikir kepada-Nya? Tidakkah kamu dapat rasa lemahnya kamu di hadapan hawa nafsu dan syahwat? Tidakkah kamu diuji dengan cinta harta, cinta kemasyhuran, cinta glamor? Hukuman mana lagi yang lebih dahsyat daripada itu?? Tidakkah kamu rasa mudah untuk mengumpat, mengadu domba dan berdusta? Tidakkah Allah swt telah menyibukkan kamu dengan perkara-perkara yang sia-sia dengan kamu terlibat dengan hal-hal yang langsung tak bermanfaat untukmu? Tidakkah Allah swt telah menjadikan kamu lupa akan akhirat dan Dia menjadikan dunia fokus kamu yang paling besar? Semua keadaan-keadaan terbiar itu adalah beberapa contoh daripada balasan Allah swt.

Waspadalah anakku yang disayangi, sesungguhnya hukuman Allah swt yang paling ringan ialah yang kita dapat rasa. Musibah pada harta atau anak-anak atau kesihatan. Dan hukuman Allah swt yang paling dahsyat ialah yang kita tidak dapat rasai yakni perubahan-perubahan buruk yang berlaku pada hati kita.”

Kita memohon afiah dan keselamatan untuk kami dan kamu juga.

 

Terjemahan oleh : Maulana Muhammad Razif bin Abd Wahab

By |2020-07-23T02:06:05+00:00July 13th, 2020|Ibadat|0 Comments

Kongsi di dalam media sosial anda

Go to Top