Home/Cerpen/Cara Untuk Mencari Redha Allah

Cara Untuk Mencari Redha Allah

Pada zaman maulana Yusuf pun tidak ada tandas yang sempurna dibina di nizamuddin. Maulana Yusuf dan maulana inamul hasan, bangun pd waktu malam dan buat sepeerti mana maulana ilyas buat. Pada suatu hari, seorang sheikhul hadith telah terbangun dan lihat kedua-dua maulana tadi sedang membersihkan tandas. Beliau telah buat keputusan untuk bersihkan tandas itu sebelum hadratji datang bersihkan. Kata beliau, baru 4 hari aku bersihkan tandas, aku lihat baginda s.a.w dalam mimpi ku. Sehebat mana pun kita, lebih kecil kerja yg kita buat, lebih banyak Allah akan majukan kita.

 

Dalam usaha agama tidak ada kebesaran. Allah tak suka benda-benda kebesaran. Jangan kita berusaha untuk jadikan kita orang yang besar. Allah akan tinggalkan dia. Orang yang buat usaha dengan rendahkan diri, Allah akan majukan dia. Walaupun kita buat usaha yang besar kita perlu anggap kita adalah orang islam yang biasa. Kalau berlaku sebarang kekurangan kita minta ampun dari Allah. Kita kena cari kelemahan dalam amalan-amalan yang kita buat, maka barulah kita akan jadi orang yang ikhlas.

 

Maulana Yusuf kata, kita lihat kebaikan dalam keburukan seseorang. Inilah yang dipanggil akhlak. Kita cari keburukan dalam kebaikan kita, inilah dipanggil ikhlas.

 

Bila seseorang merasai amalan yang dilakukannya tidak layak untuk dipersembah di hadapan Allah, dan minta pengampunan dari Allah, maka Allah akan bagi sifat qabul (terima amalannya) dan bagi sifat ikhlas dalam dirinya.

 

Saya dan tuan duduk disini supaya Allah terima kita/qabul. Pada permulaan buat usaha kita nak islah diri. Tapi bila dah jadi org lama, sudah pandai bagi bayan, sudah pandai tashkil orang lain maka akan datang dalam diri perasaan ingin islah org lain. Bila kita mula nak islah orang lain, maka gugurlah kita dari pandangan Allah dan bermulalah perpecahan umat. Kebesaran diri adalah hak Allah. Sesiapa yang cuba nak rampas sifat kebesaran ini dari Allah maka Allah akan hinakan dia.

 

Jangan ada jasbah orang kena khidmat kita. Kita kena ada jasbah utk ikram orang lain. Ini sifat yang akan sebabkan kesatuan dalam umat. Wujud kasih sayang dalam umat. Untuk wujudkan kesatuan lidah kena lembut. Bila cakap dengan kekerasan orang susah nak terima pendapat kita. Bila cakap dengan kelembutan, orang akan terima kita. Bila cakap kasar, orang akan lari dari kita. Isteri kita pun akan jauhkan diri dari kita. Kita tidak boleh berkasar dengan isteri dan anak kita. Kita juga tidak boleh berkasar dgn rakan2 seusaha.

 

Markaz bukan nama pada bangunan. Majmak inilah yg dipanggil markaz. Maulana ilyas akan rasa bimbang kalau tidak ada orang datang ke markaz. Org yang datang adalah tetamu Allah. Mereka telah banyak buat pengorbanan untuk sampai ke markaz. Begitu banyak tangisan. Dengan keberkatan tersebutlah Allah telah bina markaz. Harta dan diri orang yang datang adalah amanah. Kita khidmat mereka supaya kita dapat sedikit pahala dari pengorbanan mereka. Tidak ada sesiapa yang berhak untuk marah sesiapa. Bila khidmat mereka, Allah akan sayang pada kita dan Allah akan jadikan kita asbab hidayat seluruh alam. Jangan kita ingin sesuatu daripada majmak yang datang markaz. Kita hanya nak Allah. Nabi telah ikram tetamu yang datang dalam keadaan batu di ikat pada perut baginda. Sahabat telah bagi tetamu makan walaupun anak mereka dalam kelaparan. Dengan sifat macam ini maka orang yang datang ke markaz akan jadi asbab hidayat seluruh dunia. Akan wujud kasih sayang dan kesatuan dan doa akan sampai terus ke langit, akan mengegarkan arash dan malaikat akan turun.

 

Sesiapa dalam diri dia ada benci, ada hasad, doa dia tidak akan diterima dan akan dicampakkan semula ke muka dia. Oleh itu, kita kena jadi asbab orang bersatu. Sebanyak mana wujud kesatuan maka sebanyak itulah wujud kekuatan sesama kita. Semoga Allah pelihara kita semua. Kita bersatu di bawah satu markaz. Markaz kita adalah nizamuddin dan maulana saad adalah amir kita.

 

Harta dan nyawa kita adalah untuk Allah. Harta yang paling Allah suka ialah harta yang dibelanjakan untuk keluar di jalan Allah. Amalan yang paling besar ialah amalan keluar di jalan Allah. Lebih besar daripada beribadat di haramain dan syarafain (mekah dan madinah). Meninggal di jalan Allah adalah lebih baik daripada mati di mekah dan madinah.

 

Wallahu a’lam.

By |2020-09-14T01:50:10+00:00September 3rd, 2020|Cerpen|0 Comments

Kongsi di dalam media sosial anda

Go to Top