13. Keadaan ketiga: Apabila kaca diletakkan dibawah matahari maka terlihat rupa bulatan matahari pada kaca seolah-olah matahari berada dan bertempat di atas kaca,tetapi sebenarnya rupa matahari yang terlihat dikaca tiada wujud yang hakiki padanya kerana ia secara jelas bukan zat matahari dan tidak juga lembaganya dan copynya bahkan ia adalah semata-mata waham dan khayalan tiada hakikat.
Yang berlaku ialah cahaya mata apabila jatuh atas kaca maka ia terpantul kepada matahari lalu terlihat dan tergambar matahari pada pandangan mata. Gambar matahari yang terpantul pada kaca hanyalah gamabar khayalan yang berpunca dari cahaya pandangan. Jika dipejam salah satu mata maka tiada gambar matahari yang akan berbaki. Seandainya gamabr matahari itu wujud secara hakiki maka pasti ia tidak akan hilang apabila dipejam mata. Inilah contoh wujud khayali
14- Aliran wahdatul wujud berpandangan (dan diantara pemukanya Sheikh Ibnu Arabi Rahimahullah)
Sesungguhnya Allah, kewujudannya azali dan qadim. Sebelum dicipta alam tiada hanya ada wujud azali qadim ini pada nama-nama dan sifatNya. wujud ini yang diistilahkan dengan perkataan ‘zohir al-wujud’ Dahulu semua mumkinat tiada (ma’dum) di luaran tetapi ilmu Allah sudah ada dan meliputinya secara terperinci.
Semua mumkinat ini dari segi mereka tertakluk dengan ilmu Allah dinamakan dalam istilah ‘ al-A’yan as-Thabitah’. Apabila Allah berkehendak mengeluarkan alam ini dari a’dam mahdh (ketiadaan mutlak) maka Dia telah mentajallikan ‘ al-A’yan as-Thabitah diatas ‘zohir al-wujud’ dengan tajalli yang mempunyai martabat-martabat yang pelbagai dan dengan kaifiat yang hakikat kunhi nya hanya Allah yang mengetahuinya. Maka terzahir pada ‘zohir al-wujud’ biasan dan pantulan ‘al’A’yan as-Thabitah’ tersebut dalam keadaan tanpa ada sifat wujud hakiki padanya dan tanpa terhasil hulul (menempati) pada ‘zohir al-wujud’. Hanya sanya yang ada adalah wujud khayalan yang terlihat dan ternampak pada zahirnya seolah-olah ia adalah wujud khariji dan nyata. Bandingannya seperti wujud rupa matahari pada kaca hanyalah wujud khayali yang sebenarnya tiada wujud hakiki di alam nyata.
Maujud yang wujud secara hakiki hanya Allah dan seluruh alam semuanya adalah biasan dan pantulan bagi ‘al-a’yan as-thabitah’ tidak lain cumalah khayalan semata-mata yag terlihat seolah-olah berhakikat sedangkan ia bukan wujud secara wujud hakiki
15. Walaupun Sheikh Ibnu Arabi mendakwa wujud seluruh alam adalah wujud khayali semata-mata namun beliau juga beriktikad bahawasanya khayal itu mempunyai pelbagai martabat. Ada diantara maujud khayali yang akan lenyap dengan hilangnya khayalan dan ada juga yang tidak akan hilang dengan terangkatnya khayalan. Martabat pertama tidak bertakluk pada hukum syara’ manakala yang kedua bertakluk padanya hukum syara’.
Kewujudan alam termasuk dari yang kedua yang tidak hilang dengan terangkatnya khayalan justeru itu boleh bertakluk padanya hukum syara’
16. Kritikan sebahagian orang dengan mengatakan bahawasanya jika kewujudan semua makhluk adalah khayalan semata-mata maka lazimlah darinya ternafinya segalah hukum- syara’,kritikan tersebut tidak terpakai terhadap pandangan Ibnu Arabi