Satu hari, Maulānā Ilyās al-Kāndhalawī telah mengadu kepada guru beliau Maulānā Rashīd Ahmad al-Ganguhī akan beban zikir yang telah beliau amalkan, mendengar akan hal ini, terus Maulānā al-Ganguhī memberitahu Maulānā Ilyās, “bahawa beliau juga pernah mendengar aduan yang sama yang telah diadukan oleh Maulānā Qāsim al-Nānautwī kepada guru mereka iaitu Hājī Imdād Allāh berkaitan dengan beban untuk mengamalkan zikir”.
Guru mereka Hājī Imdād Allāh telah memberitahu Maulānā al-Nānautwī bahawa, “satu hari nanti Allāh ta’ala akan mengambil kerja agama dari kamu”. [1]
(Pent – Memang benar bahawa Allāh taʿala telah mengambil kerja agama dari Maulānā al-Nānautwī dengan berkah usaha Madrasah Deobandnya dan begitu juga dengan Maulānā Ilyās al-Kāndhalawī, Allāh taʿala telah mengambil kerja agama dari beliau melalui berkah usaha dakwah Jemaʿāh Tablīgh beliau).
Saya juga ingin menambah dengan kisah Maulānā Yusuf al-Kāndhalawī ketika di zaman kanak-kanak beliau, ibu beliau telah mengadu kepada ayahnya (Maulānā Ilyās al-Kāndhalawī) tentang kesukaran untuk membangunkan beliau dari tidur untuk solat subuh. “ Sangat sukar membangunkan Yusuf pada waktu subuh,” mendengarkan akan aduan dari isteri beliau ini, Maulānā Ilyās terus berkata, “jangan khuatir wahai isteriku, sesungguhnya nanti, Yusuf akan membangunkan Umat Islām untuk solat subuh di seluruh dunia”.[2]
(Pent- Memang benar apa yang dikatakan oleh Maulānā Ilyās ini bahawa asbab berkah usaha dakwah Jemaʿāh Tablīgh pimpinan Maulānā Yusuf yang dizamannya lah telah berkembang usaha dakwah ini diluar Benua Kecil India, sehinggakan ramai Umat Islām diseluruh dunia dapat menjaga solat 5 waktu).
Rujukan
[1]. (Maulānā) Sayyid Abū al-Hasan ʿAlī al-Nadwī, Maulānā Ilyās aur unkī Dīni Dakwat, Karachi : Majlis Nashriāt-e-Islām, hlm 10-11. [2]. Moulana Mufti Muhammad Azizur-Rahman Bijnori, Biography of Hadhrat Moulana Muhammad Yusuf Sahib : Amire Tabligh, Delhi : Idara impex, hlm 102