Bilakah waktu yang paling mustajab doa dibulan ramadhan?
1 – Waktu sahur
Dari Abu Hurairah RA. Rasullah SAW pernah berkata tentang solat wajib pada waktu sahur. Malah Ibn Hajar ada menjelaskan doa dan istighfar pada waktu sahur mudah dimakbulkan – Fath Al-Bari 3:32.
2 – Sepanjang berpuasa
Menurut Hadis Riwayat Ahmad, tiga orang yang doanya tidak ditolak adalah orang yang berpuasa sehingga masuknya waktu berbuka, pemimpin yang adil dan mereka yang dianiaya.
3 – Sepertiga malam
Allah SWT sangat mencintai umat manusia yang selalu berdoa pada tiga malam terakhir.
Ini kerana sepertiga dari malam terakhir adalah waktu yang penuh keberkatan kerana Allah SWT turun ke syurga dunia dan mengabulkan setiap doa hambaNya pada waktu itu.
4 – Semasa waktu berbuka
Sabda Rasulullah SAW: “Ada tiga orang yang doanya tidak ditolak iaitu pemimpin yang adil, orang yang berpuasa ketika dia berbuka dan doa orang yang terzalimi.” (Riwayat al-Tirmidzi dan Ibnu Majah)
5 – Malam Lailatul Qadr
Menerusi Surah Al-Qadr ayat 3, malam Lailatul Qadar adalah lebih baik berbanding 1000 bulan. Malam ini juga disarankan untuk umat manusia berdoa dan memohon keampunan serta hajat yang diimpikan.
Jika kita menemui malam Lailatul Qadar, maka doalah:
Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul’ afwa fa’fu ‘anni
Bermaksud: Ya Allah, sesungguhnya engkau maha pemaaf, engkau suka memaafkan, maka maafkanlah kami.