Home/Soal Jawab/Ibadah/Puasa/Adakah batal puasa sekiranya menjalani Swab Covid-19?

Adakah batal puasa sekiranya menjalani Swab Covid-19?

Soalan : Adakah batal puasa sekiranya menjalani Swab Covid-19?

Jawapan: Jika ujian dilakukan melalui hidung hukum puasanya batal kerana sesuatu ain telah masuk ke dalam rongga dalam hidung dengan sengaja.

Jika ujian dilakukan di mulut hukum puasanya tidak batal kerana alat ujian tidak dimasukkan sehingga bahagian tekak yang membatalkan iaitu rongga dalam tekak yang terletak di makhraj huruf ح dan ke dalam.

Apabila batal puasanya maka wajib imsak dengan menahan diri dari segala yang membatalkan puasa dan mengqodo’nya kelak.

# Jawaban berdasarkan kaedah di dalam mazhab Shafii

Jawapan oleh :
Ustaz Ahmad Lutfi Abu Faqeh

By |2020-05-03T23:43:07+00:00May 3rd, 2020|Ibadah, Puasa, Soal Jawab|0 Comments

Penafian : Pihak Darul Ulum Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap artikel yang ditulis di dalam laman sesawang ini. Ia adalah hak milik penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Darul Ulum Malaysia.

Sidang Redaksi Darul Ulum Malaysia
Sidang Redaksi Darul Ulum Malaysia terdiri daripada beberapa orang sukarelawan yang meguruskan perjalanan laman sesawang DUM.
Go to Top