Home/Alim, Madrasah, Pantai Timur, Tahfiz/Al-Jami’ah Dar al-Buhus Al-Islamiyyah Al-‘Aliyyah Muhyi Ad-Din

Al-Jami’ah Dar al-Buhus Al-Islamiyyah Al-‘Aliyyah Muhyi Ad-Din

PENGENALAN

Al-Jami’ah Dar al-Buhus Al-Islamiyyah Al-‘Aliyyah Muhyi Ad-Din telah ditubuhkan pada tahun 27/12/2015 dengan kemasukan pelajar seramai 4 orang dan diketuai oleh seorang ustaz. Sehingga kini pelajar seramai 22 orang dan 9 orang ustaz.

Pada asalnya madrasah menumpang di rumah lama yang ditinggalkan oleh seorang karkun tempatan di bukit sepang, kuala Terengganu. Setelah beberapa tahun,  madrasah telah berpindah di tapak asal surau yang telah diberi oleh orang ramai kepada pihak madrasah untuk mengelola dan memperbesarkan madrasah bagi keselesaan pelajar-pelajar.

Pelajaran di sini bermula hanya dengan pengajian Alim sahaja. Selepas setahun, baru dibuka kelas syahadah untuk para-para hafiz yang ingin memantapkan Al-Quran mereka. Dan kira-kira 2tahun kemudian, kelas hafiz pun di buka.

 

MOTTO

Al-Jami’ah Dar al-Buhus Al-Islamiyyah Al-‘Aliyyah Muhyi Ad-Din ialah ta’at Allah dah Rasul.

VISI

Al-Jami’ah Dar al-Buhus Al-Islamiyyah Al-‘Aliyyah Muhy Id-Din menjurus kearah melahirkan Para Ulama’ yang bertaqwa dan menjadi asbab  Agama yang sempurna hidup didalam kehidupan setiap umat.

MISI

Al-Jami’ah Dar al-Buhus Al-Islamiyyah Al-‘Aliyyah Muhy Id-Din ialah menyediakan kemudahan dan peluang pembelajaran ilmu-ilmu wahyu hingga ke tahap takhassus kepada setiap lapisan masyarakat.

Dan seterusnya bergerak secara aktif dalam menjalankan aktiviti-aktiviti diniyyah sebagai wadah memantapkan ilmu dan amal didalam kehidupan setiap umat.

 

PENGAJIAN

Pengajian yang ditawarkan : Alim, Syahadah, Hafiz

Muqarrar (silibus) madrasah :  Sistem pengajian yang ditawarkan di Jami’ah Muhy id-Din adalah berasaskan sistem ilmu bidang (memahami sesuatu bidang secara menyeluruh), oleh itu untuk setiap bidang pelajar akan didedahkan dengan idea asas bidang tersebut sebelum diteruskan dengan perbahasan yang mendalam.

→Sistem teras harian Jami’ah Muhy id-Din:

1- Muthala’ah.
2- Talaqqi.
3- Muzakarah.
4- Muraja’ah.
5- Munaqashah.
6- Hifz.

MUTHALA’AH:
Muthala’ah kitab yang dipelajari pada setiap bahagian yang akan dibahaskan di dalam kelas sebelum majlis talaqqi pada setiap hari.
Muthala’ah kitab-kitab yang berkaitan di dalam bidang yang sama pada bab yang sedang dibahaskan pada setiap hari (setiap kitab ditentukan oleh guru mengikut tahap pelajar untuk mencapai tahap kefahaman ilmu bidang).
Hasil muthala’ah, pelajar dikehendaki membuat talkhis (kesimpulan) dan taswir (gambar rajah) yang kemudian akan dibandingkan dengan kefahaman selepas majlis talaqqi.

TALAQQI:
Majlis talaqqi ditetapkan masa 1/2 jam sahaja untuk setiap madah (untuk madah wajib) setiap hari, dan 1/2 jam untuk setiap minggu 2 atau 3 kali seminggu sahaja untuk madah tertentu (untuk madah tambahan).
Majlis talaqqi bertujuan bagi membentuk kefahaman pelajar bertepatan dengan apa yang dikehendaki ibarah selepas muthala’ah yang telah dibuat.

MUZAKARAH:
Muzakarah perlu dibuat oleh pelajar pada setiap kali tamat majlis talaqqi.
Muzakarah juga perlu dibuat bersama guru untuk memastikan kefahaman pelajar bertepatan dengan apa yang dikehendaki di dalam usaha mereka memahami ilmu bidang.
Muzakarah bertujuan bagi membincangkan kembali apa yang difahami di dalam majlis talaqqi sekaligus memantapkan kefahaman pelajar selepas muthala’ah dan majlis talaqqi.

MURAJA’AH:
Muraja’ah hendaklah dibuat oleh pelajar pada setiap hari untuk pelajaran yang lalu.
Muraja’ah bertujuan menjaga kefahaman pelajar daripada berubah sekaligus memantapkan lagi kefahaman pelajar.

MUNAQASHAH:
Munaqashah hanya akan dibuat apabila timbul perkara yang tidak dapat difahami melalui ketiga-tiga cara diatas.

HIFZ:
Hifz bertujuan supaya setiap matan-matan yang penting di dalam setiap bidang dan juga Al-Quran (mengikut sukatan tertentu bagi yang belum hafiz dan ulangan bagi yang dah hafiz) mampu dikuasai oleh setiap pelajar dari sudut hafalan.

→Sistem teras berkala Jami’ah Muhy id-Din:

1- Bahs.
2- Munaqashah.

BAHS:
Bahs hendaklah dibuat pelajar untuk setiap isu-isu semasa yang berkaitan dengan perubatan dan perbankan islam dll pada setiap masa selain masa pelajaran yang telah ditetapkan.
Bahs bertujuan melatih pelajar membuat muqabalah (perbandingan) antara isu-isu semasa dan kitab-kitab turath.

MUNAQASHAH:
Munaqashah akan dibuat pada setiap tahun tiga kali selepas bahs yang berlangsung sepanjang tahun.
Munaqashah bertujuan bagi meluaskan lagi pandangan pelajar di dalam menangani isu-isu semasa.

Sistem ilmu bidang yang diamalkan di Jami’ah Muhy id-Din beroperasi dengan menuntut 50% usaha daripda guru dan 50% usaha daripada pelajar, sekaligus dapat melatih pelajar berdikari di dalam usaha meneruskan usaha mereka untuk mengembangkan ilmu selepas tamat belajar, dan mereka digalakkan untuk sentiasa membuat hubungan dengan guru-guru mereka supaya apa yang mereka usahakan tidak berlandaskan nafsu kehendak mereka sendiri.

Jami’ah Muhy id-Din juga ada menyediakan silibus ilmu Qira’at bagi pelajar yang telah menduduki imtihan syahadah dan pernah belajar secara asas ilmu tajwid.

 

YURAN

Madrasah tidak mengenakan sebarang yuran khusus sama ada yuran pendaftaran ataupun yuran bulanan. Tetapi di sini menggunakan sistem “Self infaq”

Self infaq – Pelajar boleh memberi seberapa banyak duit yang mereka mampu dan nilainya akan di mesyuaratkan untuk menampung makan minum selama seminggu tersebut.

Jika dalam seminggu itu ada baki “self infaq”, maka duit tersebut akan digabungkan dengan “self infaq” minggu hadapan.

 

HUBUNGI KAMI

ALAMAT:
Lot  60011,
Musolla Ustaz Syed Omar,
Kg Tok Jamal,
Wakaf Mempelam,
20200 Kuala Terengganu,
Terengganu.

NO TEL :
011-20552303 – Pejabat
013-5956330 – Ustaz Zul
013-6556132 – Mohd Lutfirrahman bin Che Omar (Mudir)

SUMBANGAN :
BANK ISLAM
13053010017375
TETUAN DAR AL-BUHUS CONSULTANCY

By |2020-10-22T02:15:32+00:00October 22nd, 2020|Alim, Madrasah, Pantai Timur, Tahfiz|0 Comments

Penafian : Pihak Darul Ulum Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap artikel yang ditulis di dalam laman sesawang ini. Ia adalah hak milik penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Darul Ulum Malaysia.

Huzaifah Jamaluddin Sidang Redaksi Darul Ulum Malaysia
Sidang Redaksi Darul Ulum Malaysia terdiri daripada beberapa orang sukarelawan yang meguruskan perjalanan laman sesawang DUM.
Go to Top