Home/Tibbun Nabawi/Amalan makan cengkih Tuan Guru Haji Hashim

Amalan makan cengkih Tuan Guru Haji Hashim

Antara amalan yang diamalkan oleh Almarhum Tuan Guru Hj Hashim, Mudir Pondok Pasir Tumboh daripada umur 17 tahun lagi hingga umurnya mencecah 100 tahun ialah makan bunga cengkih.

Almarhum Tuan Guru Hj Hashim, setiap kali selepas solat subuh kebiasaannya akan memberi tazkirah kepada para pelajar, antara nasihat yang selalu disebut oleh tuan guru ialah:

“Kena amal makan cengkih…” Kemudian Tuan Guru akan membaca petikan perkataan daripada kitab حياة الحيوان bab ق : ﺍﻟﻘﺮﻧﻔﻞ ﺗﻨﻔﻊ ﺍﻟﻘﻠﺐ ﻭﺍﻟﺮﺋﺔ ﻭﺍﻟﺄﺳﻨﺎﻥ ﻭﺍﻟﻌﻴﻦ ﻭﺍﻟﺪﻣﺎﻍ

Maksudnya: Khasiat bunga cengkih untuk lima perkara:

  1. Jantung: Jantung dapat berdegup dengan baik yang menjamin kesihatan.
  2. Paru-paru: Paru-paru dapat berfungsi dengan baik yang membolehkan suara sentiasa lantang.
  3. Gigi: Gigi dapat tahan daripada gangguan ulat sehingga tahan lama.
  4. Mata: Mata dapat melihat dengan baik walau pun telah berusia.
  5. Otak(akal fikiran): Otak sentiasa berkembang dan dapat menguatkan ingatan berbanding tabiat suka minum ais atau pulut yang boleh membawa kepada tertutupnya otak yang melemahkan ingatan.

Alhamdulillah semasa hayatnya didapati tuan guru masih memiliki gigi asli dan tidak memakai cermin mata walaupun usianya sudah menghampiri 100 tahun.

Cara makan: Gigit bunga cengkih beberapa biji dalam mulut dan dihisap airnya. Sebaiknya diamalkan sebanyak 10 kuntum bunga cengkih sehari.

By |2021-11-08T02:10:35+00:00November 8th, 2021|Tibbun Nabawi|0 Comments

Kongsi di dalam media sosial anda

Go to Top