Home/Fiqh/Amalan wanita haid/nifas di bulan Ramadhan

Amalan wanita haid/nifas di bulan Ramadhan

Apa amalan yang boleh dilakukan oleh wanita haid/nifas di bulan Ramadhan?

Secara umumnya kebanyakan ibadah adalah HARAM bagi wanita yang haid/nifas jika mengerjakannya. Seperti membaca Al-Quran, solat, puasa dan lain-lain. Tetapi ada juga ibadah yang boleh wanita buat didalam bulan yang mulia ini.

1 – Mendengar bacaan Al-Quran

Boleh kita dengar dari youtube, radio atau yang berkaitan dengannya, kerana mendengar juga dapat memperoleh pahala.

2 – Membaca tafsir Al-Quran

Ambil peluang utuk cuba memahami dan mengkaji isi Al-Quran melalui terjemahan, ceramah di internet, dan bahan bacaan rujukan.

Ia bukan saja dapat memberi perspektif yg lebih jelas, malah ia juga dapat membantu kita lebih mudah mengingat serta menghargai setiap surah yang dibaca.

3 – Bacaan Mathurat

Al-Mathurat adalah himpunan wirid dan doa harian yang diamalkan oleh Rasulullah SAW.

Ia dibaca setiap pagi dan petang. Didalam Al-Mathurat juga terdapat beberapa ayat al-Quran, tetapi dibolehkan membacanya dengan niat untuk berzikir.

4 – Selawat

Selawat yg kita ucapkan akan sampai terus kepada Rasulullah SAW. Ia juga adalah bukti cinta dan ingat kita terhadap Baginda.

Lafaz bacaan selawat yang plg ringkas adalah:

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

5 – Istighfar

Cuba ambil sedikit masa untuk mengingati semua kekurangan diri serta kekurangan ibadah kita selama ini. Banyakkanlah memohon taubat serta keampunan dari Allah melalui istighfar, dengan menyebut Astaghfirullah hal ‘aziim ( اَسْتَغْفِرُ اَللّهَ الْعَظِیْمَ )

Dari Ibni Abbas ra, baginda Rasulullah SAW bersabda:

“Barangsiapa yang sentiasa beristighfar,maka Allah akan memberikan kegembiraan dari setiap kesedihannya, dan kelapangan bagi setiap kesempitannya, dan memberi rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.”

6 – Zikir dan doa

Doa adalah antara amalan ketika haid/nifas yang paling mudah untuk buat. Ia boleh dilafazkan dengan apa jua bahasa dan pada bila2 masa.

Dalam keadaan haid/nifas, kita boleh berdoa sekalipun doa itu termasuk dalam Al-Quran.

7 – Memberi makan kepada orang berbuka

Boleh juga bagi orang yang dalam keadaan haid/nifas untuk memberi makan kepada mereka yang berbuka puasa. Dan mendatangkan pahala yang besar kepadanya.

Dalam satu hadits menyebut : Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa, dia akan dapat pahala yang sama dengan orang yang berpuasa dalam keadaan pahala orang tersebut tidak berkurangan sedikit pun. Betapa besarnya dan mudahnya kita untuk mendapatkan pahala.

U/P – Jadi walaupun kita dalam keadaan haid, tidak bermakna kita terputus hubungan dengan Allah. Mudah-mudahan dengan amalan semasa haid/nifas ini,  kita masih kekal berhubung dengan Allah dan mengingatinya pada setiap masa didalam bulan ramadhan.

By |2020-06-16T10:10:16+00:00June 16th, 2020|Fiqh|0 Comments

Kongsi di dalam media sosial anda

Go to Top