Home/Berita/Berita pemergian Ustaz Wadi

Berita pemergian Ustaz Wadi

Berikut adalah mesej daripada Ustaz Khann Daie, Muhajir Madani tentang pemergian Ustaz Wadi kerana sakit Kanser.

Allahyarham Ustaz Wadi, dua dari kiri, berbaju coklat.

Jam 4.35 pagi sebentar tadi (26.3.2020) saya mendapat perkhabaran sedih lagi duka dari Ahlia sahabat baik saya Ustaz Wadi anak Hj Zul Zindegi, syura Kelantan dan adik ipar Ustaz Khairi, imam besar Masjid Seri Petaling. Lalu saya terus menghubungi ahli keluarganya untuk mengesahkan.

Allahuakbar sebak rasa nak menulis. Ustaz Wadi telah pergi meninggalkan kita buat selamanya. Allahuakbar. Kami menjadi saksi atas segala kebaikan Arwah. Kali terakhir saya menziarahi beliau pada 17 Mac lalu di HUKM dalam keadaan melihat beliau begitu sangat tenat. Ahlia beliau bagitahu, beberapa kali beliau sebut nama Ustaz Farkhan dan Maulana Helmi sahabat saya. Allahuakbar.

Saya diminta menjadi wakil keluarga untuk menyampaikan pada semua teman² seandainya Ustaz Wadi ada salah silap sepanjang kehidupan ini tersilap kata atau terguris hati. Harap dimaafkan. Kenangan indah buat usaha agama sama² dengan beliau tak akan dilupakan insyaAllah.

Solat jenazah hanya boleh disertai 3 orang sahaja sebab musim Covid-19. InsyaAllah kita akan menunggu berita solat jenazah beliau kemudian kita semua solat jenazah ghaib di kediaman masing² insyaAllah. Kita sama² doakan sahabat baik kita ini. Permata yang bagi banyak masa untuk Dakwah.

Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah mereka, rahmatilah mereka, maafkanlah mereka, muliakanlah kematian mereka, lapangkanlah kubur mereka, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggal mereka dan berilah kesabaran kepada ahli keluarga mereka, semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Warga Darul Ulum mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Ustaz Wadi. Pihak kami mendoakan kesejahteraan keluarga beliau, semoga Allah memberikan ganjaran kesabaran kepada mereka dan semoga tabah menghadapi ujian ini. Semoga roh beliau ditempatkan bersama dengan golongan orang yang beriman.

By |2020-04-27T06:34:45+00:00March 26th, 2020|Berita|0 Comments

Penafian : Pihak Darul Ulum Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap artikel yang ditulis di dalam laman sesawang ini. Ia adalah hak milik penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Darul Ulum Malaysia.

Sidang Redaksi Darul Ulum Malaysia
Sidang Redaksi Darul Ulum Malaysia terdiri daripada beberapa orang sukarelawan yang meguruskan perjalanan laman sesawang DUM.
Go to Top