Home/Ibadat, Isu Semasa/Covid-19 Solat Jumaat di Rumah

Covid-19 Solat Jumaat di Rumah

  1. Terdapat cadangan solat Jumaat di Rumah dengan bertaklid dengan mazhab yang tidak mensyaratkan bilangan 40 orang seperti mazhab Hanafi.
  2. Perlu difahami walaupun sebahagian mazhab tidak mensyaratkan bilangan 40 orang disana ada syarat lain dalam mazhab tersebut yang tidak dapat dipenuhi dalam situasi sekarang.
  3. Misalnya dalam mazhab Hanafi walapun tiada syarat 40 tetapi disyaratkan kebersamaan sultan atau izin am. Disamping itu disyaratkan juga ia didirikan dibandar bukan kampung yang tidak lengkap kemudahan.
  4. Dalam situasi seperti ini ihtiyathnya ialah solat Zohor bukan Jumaat kerana asal kewajiban adalah Zohor dan sekiranya hendak dibuat Jumaat perlu ada syarat tambahan yang tidak dapatdipenuhi walaupun dengan bertaqlid mazhab Hanafi.
  5. Tidak juga dengan bertaqlid qaul qadim yang hanya mensyaratkan bilangan 12 kerana terdapat syarat lain dalam mazhab Shafii yang tidak dapat dipenuhi.
  6. Dalam situasi kita dipaksa untuk meninggalkan Jumaat maka kerjakanlah solat Zohor berjemaah.
  7. Walaupun saya melihat hukum tidak perlu Jumaat sepatutnya bukan secara pukal kerana boleh diuruskan mungkin disebahagian tempat dengan kaedah tertentu, tetapi apa boleh buat sekiranya arahan telah dikeluarkan.
  8. Semoga dikurniakan pahala bagi ijtihad yang telah dikeluarkan.
By |2020-03-20T11:09:43+00:00March 20th, 2020|Ibadat, Isu Semasa|0 Comments

Kongsi di dalam media sosial anda

Go to Top