Darul Ulum Az Zahra

PENGENALAN

Darul Ulum Az Zahra adalah HQ kepada rangkaian kumpulan Az Zahra yang bernombor Pendaftaran Kod Sekolah JAKIM: BZH 8047. Institusi ini telah ditubuhkan pada bulan Jun 2010 dan sehingga kini terdapat seramai 400 orang  murid dan guru seramai 38 orang (termasuk cawangan).

Jumlah pelajar yang telah hafiz di bawah seliaan kumpulan Az Zahra seramai 263 orang pelajar (226 orang pelajar lelaki dan 37 orang pelajar perempuan) bagi Jurusan Tahfiz serta selebihnya melanjutkan pengajian ke pelbagai bidang agama dan professional termasuk pengajian Islam di Darul Ulum Az Zahra.

Memiliki keluasan sebesar 92,000.00 kaki persegi, institusi ini telah memuatkan 4 blok bangunan sekolah dan asrama, 1 blok bangunan kantin dan Kompleks Sukan yang tersendiri. Kami menganggarkan pengambilan minima murid seramai 500 orang dan maksima murid adalah seramai 800 orang pada tahun 2020 di 4 cawangan rangkaian Az Zahra.

 

VISI
Melahirkan Generasi Ulul Albab dan membangunkan masyarakat Qurani

MISI
Melahirkan Ulama’ Rabbani, Huffaz yang berketerampilan, membentuk sahsiah diri anak anak untuk cintakan ilmu pengetahuan agama, kreatif, berkemahiran dan memupuk generasi Huffaz Profesional

SLOGAN
ILMU, IMAN, AMAL

OBJEKTIF  
Memelihara kesucian agama Islam selari dengan perlembagaan Negara, Islam adalah agama Persekutuan

 

JADUAL PENGAJIAN TAHFIZ

*Nota: Sabtu kelas sehingga 11:30 A.M sahaja

Kelas Fardu Ain & Tarannum pada Hari Sabtu Malam Ahad

Jam 05:00 – 05:20 A.M           Bangun Pagi Dan  Persiapan Ke Surau DUAZ

Jam 05:20 – 06:00 A.M           Kelas Sesi Pertama ( Hafalan Sabak )

Jam 06:00 – 06:30 A.M           Azan, Solat Subuh & Bacaan Yasin Berjemaah.

Jam 06:30 – 06:45 A.M           Mesyuarat Harian

Jam 06:45 – 08:00 A.M           Kelas Sesi Kedua ( Bacaan Hafalan Sabak Baru )

Jam 08:00 – 09:00 A.M           Sarapan Pagi & Khidmat Bilik Masing-masing

Jam 09:00 – 11:30 A.M           Kelas Sesi Ketiga ( Bacaan Sabki/Hafalan Mingguan )

Jam 11:30 – 12:00 P.M           Makan Tengahari

Jam 12:00 – 02:00 P.M           Qailulah ( Tidur Tengahari )

Jam 02:00 – 02:15 P.M           Bangun Tidur & Persiapan Solat

Jam 02:15 – 02:30 P.M           Solat Zohor Berjemaah

Jam 02:30 – 04:30 P.M           Kelas Sesi Keempat ( Bacaan Manzil/Hafalan Bulanan )

Jam 04:30 – 05:00 P.M           Solat Asar & Bacaan Taklim

Jam 05:00 – 05:20 P.M           Khidmat Kebersihan

Jam 05:20 – 06:30 P.M           Waktu Riadah

Jam 06:30 – 06:50 P.M           Tamat Riadah & Persiapan Masuk Ke Surau

Jam 06:50 – 07:30 P.M           Bacaan Al Quran infiradi Di Dalam Surau

Jam 07:30 – 08:45 P.M           Kelas Sesi Kelima

Jam 08:45 – 09:00 P.M           Solat Isyak Berjemaah & Taklim Akhir

Jam 09:00 – 09:30 P.M           Makan Malam

Jam 09:30 – 10:30 P.M           Kelas Sesi Akhir

Jam 10:30 – 11:00 P.M           Persiapan Tidur

Jam 11:00 – 05:00 A.M           Tutup Lampu & Waktu Tidur

 

SYARAT – SYARAT PERMOHONAN PELAJAR BARU

-Pemohon mestilah berumur 12 tahun dan ke atas.

-Mempunyai asas agama yang baik.

-Pemohon mestilah yang sudah Mumayyiz ( pandai berdikari dan boleh membezakan yang baik dan buruk ).

-Mempunyai asas pembacaan al quraan dan asas ilmu tajwid.

-Mempunyai asas menulis dan membaca dalam bahasa melayu.

-Mempunyai keinginan dan minat sendiri untuk belajar , tanpa sebarang paksaan.

-Pemohon yang pernah belajar di madrasah lain perlu membawa surat berhenti madrasah / sekolah lama dan sijil-sijil yang berkenaan.

-Pelajar yang telah tamat (khatam atau syahadah )di madrasah terdahulu akan dinilai oleh Jawatankuasa Penilaian DUAZ dan akan ditempatkan di kelas yang berkesesuaian baginya.

-Sihat tubuh badan fizikal dan mental.

-Tidak mempunyai rekod penyalahgunaan dadah / bahan-bahan yang memabukkan (Termasuk Rokok).

-Pemohon yang mempunyai rekod disiplin akan dinilai terlebih dahulu oleh jawatankuasa penilaian DUAZ kemudian akan dibentangkan di dalam mesyuarat asatizah terlebih dahulu.

-Setiap permohonan baru akan melalui proses temuduga oleh Guru yang bertauliah.

-Keputusan penerimaan bagi setiap permohonan baru akan dimesyuaratkan oleh pihak -Pentadbiran DUAZ selepas ditemuduga, kemudian akan dimaklumkan melalui talian hp ibubapa/penjaga yang dinyatakan di dalam boring pendaftaran.

-Berjanji dan berikrar untuk mematuhi segala peraturan madrasah DUAZ yang telah ditetapkan.

-Ibubapa/Penjaga bersedia untuk menanggung kos pengajiannya sehingga tamat.

-Tidak mempunyai rekod jenayah polis atau kes (berat) mahkamah.

-Lulus Temuduga.

 

PERATURAN KELUAR MASUK DAN WAKTU MELAWAT

OUTING

-Kad keluar pelajar perlu ditandatangani oleh warden bertugas sebelum keluar dari kawasan madrasah.

-Pelajar dikehendaki meletakkan kad pelajar di pondok pengawal.

-Pelajar dikehendaki mengambil semula kad pelajar .

-Pelajar yang tidak mempunyai kad keluar tidak dibenarkan sama sekali keluar dari kawasan sekolah.

-Pelajar dikehendaki balik ke sekolah tidak lewat dari jam 6.00 petang.

-Keluar Kawasan Bersama Keluarga

-Kad keluar pelajar perlu ditandatangani oleh warden bertugas sebelum keluar dari kawasan madrasah.

-Pelajar dibenarkan outing pada hari Ahad minggu kedua mengikut jadual yang telah -ditetapkan.

-Pelajar dikehendaki meletakkan kad tersebut kemudian mengambilnya semula sekembalinya ke kawasan madrasah.

-Waris tidak dibenarkan membawa keluar pelajar-pelajar lain yang bukan tanggungjawab mereka.

-Hanya waris yang nama mereka di dalam senarai jagaan kad pelajar dibenarkan mengambil dan membawa pelajar-pelajar keluar.

-Pelajar dibenarkan outing 1 kali dalam sebulan.

-Waris dikehendaki menghantar semula pelajar ke madrasah tidak lewat dari jam 6.00 petang hari tersebut.

-Pelajar dan waris berkenaan mestilah mematuhi jadual outing dan balik sebagaimana yang telah ditetapkan oleh pihak Darul Ulum Az Zahra serta peraturan-peraturan lain yang telah ditetapkan.

BERMALAM DI RUMAH IBU/BAPA/PENJAGA

-Pelajar pulang pada hari dan tarikh yang telah ditetapkan oleh pihak pentadbiran pada setiap akhir bulan (Long weekend). Pelajar tidak dibenarkan tidur di rumah kawan semasa cuti tanpa perbincangan dan persetujuan ibubapa/penjaga dan pihak pentadbiran.

-Kad keluar pelajar perlu ditandatangani oleh warden bertugas sebelum keluar dari kawasan madrasah.

KELUAR KAWASAN ATAS URUSAN PENTING

-Berikut adalah kebenaran keluar kawasan atas urusan penting yang dibenarkan:

-Ibubapa /penjaga menghantar surat permohonan kepada Mudir/ PK HEM sekurang-kurangnya 3 hari sebelum tarikh permohonan.

WAKTU MELAWAT

-Jika berlaku Kematian/Kecemasan (kemalangan waris terdekat) Sakit berjangkit/ kritikal/ Menghadiri kenduri kahwin keluarga terdekat (bukti surat jemputan)

-Menghantar ibu/ bapa/ adik beradik menunaikan haji atau menyambung pelajaran ke luar negara (pertama kali beserta surat)

-Waktu Pelawat (ibubapa/penjaga/waris) dibenarkan melawat adalah ditetapkan seperti berikut

-Masa kecemasan atau hal lain yang mustahak, ibubapa/penjaga boleh melawat dengan kebenaran Mudir/ Guru bertugas atau warden bertugas terlebih dahulu.

-Semua pelawat hendaklah dilayan di pejabat pentadbiran atau di surau. Pelawat dilarang masuk ke dalam kawasan asrama, dewan makan atau bilik kelas.

-Pelajar tidak dibenarkan menerima tetamu lelaki atau perempuan melainkan pelawat yang dibenarkan.

-Setiap pelawat yang mahu membawa pelajar keluar daripada kawasan madrasah mestilah memastikan pelajar itu mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan seperti cara berpakaian/ masa keluar, tatatertib dan sebagainya.

-Pelawat tidak dibenarkan bertemu dengan pelajar sebelum sesuatu aktiviti yang sedang dijalankan tamat.

-Pada waktu persekolahan, sekiranya kecemasan atau hal yang mustahak, pelawat mestilah terlebih dahulu mendapat kebenaran Mudir atau pihak pentadbiran.

-Pelawat tidak dibenarkan pergi ke bilik kelas untuk bertemu dengan pelajar tanpa merujuk kepada pejabat terlebih dahulu.

-Semua pelawat dilarang masuk melalui pintu belakang Darul Ulum Az Zahra.

-Penghantaran barang dilarang sama sekali kecuali pada waktu lawatan sahaja.

# Waktu melawat perlu dipatuhi oleh ibubapa untuk mengelakkan gangguan proses pembelajaran pelajar.

 

KEMUDAHAN ASAS

  • 11 Bilik Asrama
  • Dewan Makan
  • Perpustakaan
  • Laundry
  • Surau
  • 17 Tandas
  • Bilik Rehat (Sakit)
  • Mini Mart Az Zahra
  • 8 Kelas Pengajian
  • CCTV (12 Unit Kemera)
  • Kabinet Dan Peralatan Dapur
  • Pondok Keselamatan (24Jam)
  • Klinik Panel di Pusat Perubatan (Pusat Perubatan Damansara Damai.
    Tingkat Bawah, Blok B002-005, Jalan PJU 10/2A, PJU 10,
    Damansara Damai, 47830 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.)

 

YURAN

1)Pembayaran kemasukan hanyalah dibuat selepas pemohon menerima Surat Tawaran Kemasukan.

2)Surat Tawaran Kemasukan akan dimaklumkan selepas penilaian temuduga oleh Mesyurat Pihak DUAZ.

3)Setiap kemasukan baru perlu membayar Yuran Pendaftaran sebanyak RM700 serta RM350 bulanan.

4)Jumlah keseluruhan yuran (Tidak termasuk pendaftaran) bagi tahun 2020/2021 adalah sebanyak RM4,200.00 setahun. Pembayaran boleh dilakukan sekali gus pada awal tahun , setiap enam bulan sekali atau secara bulanan. Pembayaran boleh dilakukan secara tunai di pejabat atau melalui banking online akaun madrasah. Akaun madrasah DUAZ adalah seperti berikut:

– Maybank Darul Ulum Az Zahra ( 562740139161 )

5)Pembayaran yuran bulanan mestilah dilakukan pada Awal Bulan Sebelum 5 Haribulan.

6)Pembayaran yang dilakukan melalui online banking, diminta untuk menghantar slip/resit kepada nombor whatsapp pejabat 018 2300 997 untuk simpanan rekod.

7)Bagi pelajar asnaf atau anak yatim , rundingan bersama dengan pihak Darul Ulum Az Zahra bagi tujuan pengecualian yuran.

8)Yuran mestilah diserahkan hanya kepada Ahli Pihak Pentadbiran Darul Ulum.

9)Pelajar boleh dikenakan tindakan disiplin Digantung Madrasah sekiranya didapati tidak membayar yuran bulanan selama (3) Tiga Bulan tanpa alasan yang munasabah.

10)Bayaran pendaftaran atau yuran yang telah dibuat TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN semula.

HUBUNGI KAMI

ALAMAT :
Darul Ulum Az Zahra
Lot 340 Jalan Tempinis 1,
Seksyen U20,
Sungai Plong Sungai Buloh,
Selangor.

WAKTU PEJABAT :
Isnin – Khamis
8:30am–12pm
2:30–4:30pm

Jumaat
8:30–11am

Sabtu
8:30–11:30am

Ahad
3:30–6:30pm

NO TELEFON :
+60 18 230 0997
+60360383404

EMAIL :
darululum.azzahra@yahoo.com

Penafian : Pihak Darul Ulum Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap artikel yang ditulis di dalam laman sesawang ini. Ia adalah hak milik penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Darul Ulum Malaysia.

Huzaifah Jamaluddin Sidang Redaksi Darul Ulum Malaysia
Sidang Redaksi Darul Ulum Malaysia terdiri daripada beberapa orang sukarelawan yang meguruskan perjalanan laman sesawang DUM.
Go to Top