Home/Alim, Tahfiz, Tengah/Darul Ulum Zaiyadal

Darul Ulum Zaiyadal

PENGENALAN

Madrasah Darul Ulum Zaiyadal mula beroperasi pada 17 Ogos 2014 dengan 5 pelajar sahaja yang diasaskan oleh Tuan Haji Zaid. Ianya bermula sebagai maahad tahfiz dan dikenali dengan nama Maahad Tahfiz Zaiyadal.

Selepas dua tahun beroperasi sebagai maahad tahfiz ,kelas pengajian alim mula dibuka dengan menggunakan muqarrar (Silibus) Deobandi, dan disebabkan itu kami menukar nama kepada Darul Ulum Zaiyadal. Kini pelajar-pelajar telah melebihi 100 orang.

 

MOTTO, VISI, DAN MISI
Melahirkan generasi Al-Quran mengikut ajaran ahli sunnah wal jamaah.

 

PENGAJIAN
Pengajian yang ditawarkan : Alim, Hafiz, Syahadah.

 

PENGAJIAN ALIM

Kelas Alim ialah salah satu kursus yang khusus untuk memelihara amalan , warisan dan nilai islam.

Tempoh pembelajaran ialah 7-8 tahun

 

Teori didalam kelas :_
Oraktikal di luar kelas didalam pelbagai bentuk (khidmat/komuniti/dakwah/rehlah/islamiyyah) dan Perbentangan mingguan (Haflah/Nadi Al arabi)

 

(Asas Kelas Alim)

Objektif: Pelajar akan diperkenalkan dengan suasana Kelas Alim, pelajaran yang diajar bersifat asas untuk menyediakan pelajar ke tingkat seterusnya.

Keperluan Program :_

  • Mampu mengenal kebanyakkan perkataan tunggal Bahasa Arab.
  • Mampu membaca dan memahami Bahasa Arab
  • Pelajar perlu melepasi setiap ujian yang diberikan dari masa ke semasa (markah lulus ialah 50%)

 

Natijah Pembelajaran pelajar akan menguasai :_

  • Asas Bahasa Arab dan peraturanya (Nahu & Sarf)
  • Asas Fiqh (Mazhab Syafie)
  • Asas Tauhid
  • Asas Tajwid
  • Asas Penulisan Khat & Jawi
  • Asas Sirah(Sejarah)
  • Adab & Doa

 

(Syahadah Kelas Alim)

Objektif: Pelajar akan mempelajari Ilmu Agama dengan lebih mendalam, syarahan pada setiap subjek akan didedahkan untuk menyempurnakan ilmu yang dipelajari.

Keperluan Program :_

  • Mampu menerangkan maksud, kaedah, dan contoh setiap istilah dalam sesuatu ilmu
  • Mampu memahami Bahasa Arab yang lebih mendalam
  • Natijah Pembelajaran pelajar akan menguasai:
  • Mendalami setiap subjek
  • Diperkenalkan dengan Ilmu tafsir dan Usul fiqh
  • Mempelajari gaya dan perbezaan didalam Bahasa Arab (balaghah)
  • Mengetahui perbezaan pendapat dan hukum di dalam islam

 

(Ijazah Alim)

Objektif: Pelajar akan difokuskan kepada pembelajaran tafsir dan hadith, pengeluaran dalil-dalil hukum agama daripada al-Quran dan Hadith, dan kesesuaian hukum dengan peredaran zaman (kewangan,undang-undang dan siyasah)

Keperluan Program :_

  • Mengetahui kaedah mengeluarkan hukum agama melalui al-Quran dan Hadith
  • Menguasai ilmu tafsir dan hadith
  • Menjawab persoalan ikhtilaf yang diutarakan (Mazhab Syafie)
  • Natijah Pembelajaran
  • Pelajar menghabiskan pelajaran Tafsir dan Hadith bersanad
  • Mempunyai keperluan yang cukup untuk melanjutkan pelajaran kepada pakar didalam sesuatu bidang agama.

 

TAHFIZ

(Nazirah)

Objektif: Untuk memastikan pelajar mengenal huruf al-Quran dengan baik dan membaca al-Quran dengan baik.

Keperluan Program :_

  • Berminat mempelajari al-Quran
  • Melepasi Ujian Temuduga
  • Bersedia mengikut dan mematuhi undang-undang
  • Menghabiskan Iqra 1 -5
  • Membaca al-Quran secara melihat sekurangnya 5 juzuk
  • Natijah Pembelajaran pelajar akan:
  • Bersedia untuk menghafal al-Quran
  • Membaca dengan bertajwid dan lahjah Arab

 

(Tahfiz)

Objektif: Menghantar hafalan yang baru dan mengingati hafalan yang telah dihafal (para sabaq & mukhtar)

Keperluan Program :_

  • Boleh membaca Al-Quran dengan baik
  • Bersedia untuk menghafal
  • Natijah Pembelajaran pelajar akan:
  • Menghafal keseluruhan Al-Quran
  • Mampu untuk menghantar hafalan lama sekurangnya 1 juz sehari
  • Bersedia mengikuti program syahadah

 

(Syahadah)

Objektif: Memastikan pelajar membaca beberapa set ulangan khatam Al-Quran dan mengurangi tempoh kelajuan membaca Al-Quran kepada 30 minit per juzuk.

Keperluan Program pelajar perlu:

  • Menghabiskan hafalan keseluruhan Al-Quran
  • Mengingati keseluruhan Al-Quran dan mampu menghantar 1 juz sehari.
  • Natijah Pembelajaran
  • Menjadi pakar dalam hafalan Al-Quran
  • Pelajar akan tahu cara penjagaan hafalan Al-Quran berbanding mereka yang hafiz sahaja tanpa buat syahadah

 

 

KEMUDAHAN

Kemudahan asas –

  • Asrama
  • Dewan makan
  • Surau/masjid

Permainan –

  • Bola sepak
  • Futsal
  • Takraw
  • Pingpong

 

YURAN

Yuran pendaftaran rm600

Yuran bulanan rm300

Yuran tahunan rm100

Yuran rehlah rm250

 

HUBUNGI KAMI

ALAMAT :
Lot 4016,
Jalan Hamzah ,
Kg Budiman Seksyen U14 ,
40170, Shah Alam, Selangor,
Malaysia.

WAKTU PEJABAT
Isnin                 : 09:00 AM – 4:00 PM

Selasa             : 09:00 AM – 4:00 PM

Rabu               : 09:00 AM – 4:00 PM

Khamis            : 09:00 AM – 4:00 PM

Jumaat            : 09:00 AM – 12:00 PM

Sabtu               : TUTUP

Ahad                : TUTUP

NO TELEFON :
Pejabat : 0333924009

Mudir : Ustaz Muhammad
No. Telefon Mudir : 01111737228

Nama Naib Mudir : Ustaz Mujiburrahman
No. Telefon Naib Mudir : 0145050512

EMAIL : 
mtzbudiman@gmail.com

WEBSITE : 
https://m.facebook.com/Duzaiyadal/

By |2020-11-09T04:59:05+00:00November 9th, 2020|Alim, Tahfiz, Tengah|0 Comments

Penafian : Pihak Darul Ulum Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap artikel yang ditulis di dalam laman sesawang ini. Ia adalah hak milik penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Darul Ulum Malaysia.

Huzaifah Jamaluddin Sidang Redaksi Darul Ulum Malaysia
Sidang Redaksi Darul Ulum Malaysia terdiri daripada beberapa orang sukarelawan yang meguruskan perjalanan laman sesawang DUM.
Go to Top