Home/Hadis, Soal Jawab/Jangan Melengahkan Lima Perkara Ini

Jangan Melengahkan Lima Perkara Ini

Mohon berikan terjemahan dan rujukan yang betul dari ayat yang berikut:

Sayyiduna ‘Ali (radiyallahu’anhu) mengatakan bahawa Rasulullah (Sallallahu‘ alaihi wasallam) menasihati dalam menyegerakan 5 perkara: Mendirikan Solah, bertaubat sebelum mati, mempercepatkan pengebumian si mati, membayar hutang, berkahwin ketika mana sudah menjumpai pasangan yang sesuai. Jazakumullah.

JAWAPAN

Imam Tirmidhi (rahimahullah) telah mencatat sebuah riwayat daripada Sayyiduna ‘Ali (radiyallahu’anhu) bahawa Rasulullah (sallallahu’alayhi wasallam) bersabda:

Wahai Ali, tiga perkara jangan engkau lewatkan.

1)Solat jika telah masuk waktunya.

2)Pengurusan jenazah jika telah datang kematian

3) Mengahwinkan seorang anak perempuan jika jumpa yang sekufu.

(Sunan Tirmidhi, Hadis: 171 & 1075, Diisytiharkan sebagai (hasan) oleh ‘Allamah’ Iraqi (rahimahullah). Lihat Takhrijul Ihya, Hadis: 1371)

Tergesa-gesa dalam lima perkara telah dilaporkan sebagai nasihat Imam Hatim Al-Asamm (rahimahullah). Dia berkata:

“Tergesa-gesa adalah berasal dari Syaitan tetapi tidak dalam lima amalan berikut:

1) Memberi orang makan

2) Mempercepatkan si mati dalam urusan pengebumian

3) Mengahwinkan anak dara.

4) Membayar hutang

5) Bertaubat sebelum mati.

(Hilyatul Awliya; lihat Ithafus Sadatil Muttaqin, jilid 5 ms.251)

Saya tidak melihat kelima-lima di atas dalam riwayat Sayyiduna ‘Ali (radiyallahu’anhu) seperti soalan yang di beri tadi. Ia mungkin hanya nasihat Imam Hatim Al-Asamm (rahimahullah).

Dan Allah Taala Maha Mengetahui,

Dijawab oleh: Moulana Muhammad Abasoomar

By |2021-03-26T09:30:14+00:00March 26th, 2021|Hadis, Soal Jawab|0 Comments

Kongsi di dalam media sosial anda

Go to Top