Home/Biografi/Kehebatan Keilmuan dan Ketokohan Syeikh Ahmad Bin Muhammad Zain Al-Fathani

Kehebatan Keilmuan dan Ketokohan Syeikh Ahmad Bin Muhammad Zain Al-Fathani

Keistimewaan Syeikh Ahmad al-Fathani:

1) Syeikh Ahmad telah menghafal al-quran pada usia 6 tahun dan mula mengajar ilmu nahwu dirumah dan masjidil haram semasa beliau baru berusia 12 tahun.

2) Beliau adalah orang/ulama Melayu yang pertama belajar di Baitulmaqdis, Palestin pada usia 13 tahun & Universiti al-Azhar mesir pada usia 15 tahun, dengan cara berjalan kaki dari Makkah. Sehingga ulama Makkah menggelar beliau Syeikh Ahmad az-Zaki Mesir. Beliaulah yang mengasaskan Ruwaq Jawi di Mesir walaupun waktu hanya beliau seorang saja orang melayu.

3) Beliau pernah dipinang untuk dijadikan menantu oleh Syarif Husein Makkah pada waktu itu kerana mengkagumi ketinggian ilmu bahasa arab Syeikh Ahmad al-Fathani selepas beliau memenangi pertandingan mengubah Syair yang dianjurkan oleh Syarif Makkah yang diukuti ramai ulama arab Makkah, namun Syeikh Ahmad al-Fathani menolaknya.

4) Beliau telah menguasai 47 bidang ilmu keislaman sewaktu usia beliau belum mencapai 30 tahun. Yang mana menurut Tok Kenali, pada ketika itu ilmu² yang masih ada sebanyak 60 jenis ilmu.

5) Beliau ulama Melayu pertama yang dilantik sebagai penasihat politik kepada kerajaan Turki Utsmaniyah terutama hubungan dengan sultan-sultan Melayu.

6) Beliau ulama melayu pertama yang dilantik sebagai pentashih kitab-kitab dan surat-surat rasmi kerajaan Turki Utsmaniyah sebelum dihantar ke destinasinya.

7) Beliau diberi kepercayaan oleh beberapa orang ulama besar Makkah antaranya Syeikh Sulaiman Hasbullah al-Makki, Sayid Abu Bakar Syatha, untuk menyemak dan memberikan syair pada kitab-kitab karangan mereka yang semuanya dalam bahasa Arab.

8) Beliau ulama Melayu yang pertama memperjuangkan percetakan kitab Melayu/jawi secara besar-besaran (10k naskah setiap judul) yang tersebar sehingga hari ini di Turki. Jika tidak dengan usaha Syeikh Ahmad Fathani memperjuangakan cetakan kitab niscaya akan lebih sulit untuk kita dapatkan kitab² sekarang ini.

9) Beliau telah dilantik menjadi WAKIL ulama Makkah ke Mesir untuk menyelesaikan pertikaian khilafiyah diantara Mufti Beirut, Palestin, Sayid Yusuf an-Nabhani dan Syeikh Muhammad Abduh, Mesir.

10) Beliau satu-satunya ulama yang boleh membuat emas dengan campuran kimia-kimia dan mengarang mengenainya. Emas buatannya telah diuji dan di iktiraf emas tulin 24 karat, oleh ahli emas di Makkah.

11) Beliau ulama Melayu pertama yang menjadi doktor perubatan yang menggabungkan perubatan Islam (doa-doa & wafak) perubatan tradisional ( tumbuh-tumbuhan herba & binatang) dan moden( ubat-ubatan kimia). Antara guru beliau dalam bidang perubatan ialah Syeikh Abdul Rahim al-Kabuli, Afghanistan. Ada seorang murid Syeikh Ahmad al-Fathani yang berasal dari Riau yang telah berjaya melakukan pembedahan menggunakan sembilu buluh.

12) Beliau ulama Melayu pertama yang mengasaskan pertubuhan/organisasi rasmi orang melayu di Makkah dengan nama Jam’iyatul Fathaniyah, setelah itu diikuti para kader beliau di pelbagai tempat di Nusantara.

13) Beliau juga dilantik sebagai penasihat politik oleh beberapa orang Sultan di Alam Melayu yang kebanyakkannya adalah merupakan murid beliau seperti Patani, Kelantan, Terengganu, Kedah, Johor, Riau, Langkat, Deli dan lain-lain.

14) Antara ulama Melayu di Makkah yang dikagumi oleh orientalis Snouck Hongroje dan ingin belajar secara khusus ilmu siasah/politik dengan Syeikh Ahmad al-Fathani, namun Syeikh Ahmad al-Fathani tidak mahu mengajarnya kerana mengetahui tipu muslihat Snouck.

15) Antara ulama Melayu yang diberi penghormatan oleh Syarif Makkah untuk dikebumikan di bawah kaki Sayidatina Khadijah setelah kewafatan beliau pada tahun 1908M.

Azrul Basarudin.
21 Ramadhan 1441H
14 Mei 2020
Rujukan utama untuk fakta² ini ialah dari tulisan Syaikhuna Syeikh Wan Mohd Shaghir Abdullah ar-Riawi al-Fathani.

By |2020-05-16T00:24:25+00:00May 16th, 2020|Biografi|0 Comments

Kongsi di dalam media sosial anda

Go to Top