Home/Hadis, Soal Jawab/Kelebihan Surah Al-Ikhlas

Kelebihan Surah Al-Ikhlas

Adakah terdapat riwayat yang menyatakan bahawa membaca Surah Al-Ikhlas 12 kali akan mendapat pahala seperti 4 kali khatam Al-Quran?

JAWAPAN

Saya belum melihat riwayat ini. Riwayat Sahih Bukhari, Sahih Muslim dan lain-lain menyatakan bahawa membaca Surah Al-Ikhlas sekali sama seperti 1/3 Al-Quran.

(Sahih Bukhari, Hadis: 5013 dan Sahih Muslim, Hadis: 811)

Oleh itu, diharapkan apabila membaca surah ini sebanyak 3 kali, seseorang itu akan mendapat pahala seperti membaca keseluruhan al-Quran. Jadi, jika membacanya 12 kali, seseorang itu boleh  mendapatkan pahala seperti 4 kali membaca keseluruhan al-Quran.

(Fathul Bari, Hadis: 5015)

Tafsiran ini juga disokong oleh ‘Allamah Sindhi (rahimahullah) dalam nota rujukan di Sunan Nasai. (jilid 1 ms 155, Hadis: 995)

Dan Allah Taala lebih mengetahui.

Dijawab oleh: Moulana Suhail Motala

By |2020-12-07T14:13:30+00:00December 7th, 2020|Hadis, Soal Jawab|0 Comments

Penafian : Pihak Darul Ulum Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap artikel yang ditulis di dalam laman sesawang ini. Ia adalah hak milik penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Darul Ulum Malaysia.

Huzaifah Jamaluddin Sidang Redaksi Darul Ulum Malaysia
Sidang Redaksi Darul Ulum Malaysia terdiri daripada beberapa orang sukarelawan yang meguruskan perjalanan laman sesawang DUM.
Go to Top