Home/Hadis, Soal Jawab/Kelebihan Surah al-Mulk Dan Surah as-Sajadah

Kelebihan Surah al-Mulk Dan Surah as-Sajadah

Apa kelebihan membaca Surah al-Mulk dan Surah as-Sajadah pada waktu malam?

JAWAPAN

Mengingatkan hadis yang berikut, ianya sangat terpuji kepada sesiapa yang membaca surah-surah ini setiap malam.

1) Sayyiduna Jabir ibn ‘Abdillah (radiyallahu‘ anhuma) meriwayatkan bahawa Rasulullah (sallallahu ‘alayhi wa sallam) tidak akan tidur sehingga baginda membaca Surah Sajadah dan Surah al-Mulk.

(Sunan Tirmidhi, Hadis: 2892, Mustadrak Hakim, jilid 2 ms 412)

Imam Hakim dan Hafiz Dhahabi (rahimahumallah) telah menyatakan hadis di atas sahih.

2) Sayyiduna Anas ibn Malik (radiyallahu ‘anhu) meriwayatkan bahawa Nabi (sallallahu‘ alayhi wa sallam) bersabda mengenai Surah al-Mulk:

‘Surah yang mengandungi tiga puluh ayat yang akan memberi syafaat bagi pihak pembacanya sehingga dia diampuni.’

(Sunan Tirmidhi, Hadis: 2891, Abu Dawud, Hadis: 1395, Sahih Ibn Hibban; Al Ihsan, Hadis: 787 dan Mustadrak Hakim, jilid 1 ms 565)

Imam Tirmidhi (rahimahullah) telah menilai Hadis di atas sebagai hasan. Imam Hakim dan Hafiz Dhahabi (rahimahumallah) telah mensahihkan hadis ini.

3) Sayyiduna Anas ibn Malik (radiyallahu ‘anhu) meriwayatkan bahawa Nabi (sallallahu‘ alayi wa sallam) bersabda:

‘Ada satu Surah dalam Al-Quran, yang terdiri dari hanya tiga puluh ayat, akan memberi syafaat bagi pihak yang membacanya sehingga dia masuk ke Syurga, itu adalah Surah al-Mulk’.

(Tabarani dalam Al Mu’jamul Awsat, Hadis: 3654)

Hafiz Haythami (rahimahullah) telah menilai riwayat di atas sebagai sahih. Hafiz Ibn Hajar (rahimahullah) juga telah menyatakan riwayat di atas sebagai sahih.

(Majma’uz Zawaid, jilid 7 ms 127, Rujuk: Faydul Qadir, Hadis: 4726)

4) Sayyiduna ‘Abdullah bin Mas’ud (radiyallahu‘ anhu) mengatakan:

Barangsiapa membaca surah Al Mulk setiap malam, maka Allah akan menghalangnya daripada siksa kubur. Para sahabat di masa Rasulullah SAW menamakan surat tersebut “Al Mani’ah” (penghalang dari siksa kubur).

(Nasa’i, Hadis: 10479, Tabarani di al Mu’jamul Kabir, Hadis: 10254)

Hafiz Haythami (rahimahullah) telah mensahihkan riwayat di atas. ‘Allamah Suyuti (rahimahullah) telah mengklasifikasikan riwayat di atas sebagai jayyi).

(Majma’uz Zawaid, jilid 7 ms 127, Ad Durrul Manthur, jilid 6 ms 380)

Dan Allah Taala lebih mengetahui

Dijawab oleh: Moulana Suhail Motala

By |2021-04-19T08:51:04+00:00April 19th, 2021|Hadis, Soal Jawab|0 Comments

Penafian : Pihak Darul Ulum Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap artikel yang ditulis di dalam laman sesawang ini. Ia adalah hak milik penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Darul Ulum Malaysia.

Huzaifah Jamaluddin Sidang Redaksi Darul Ulum Malaysia
Sidang Redaksi Darul Ulum Malaysia terdiri daripada beberapa orang sukarelawan yang meguruskan perjalanan laman sesawang DUM.
Go to Top