Home/Berita/Kematian Tuan Guru Ustaz Dato Ismail Kamus 8 Mei 2020

Kematian Tuan Guru Ustaz Dato Ismail Kamus 8 Mei 2020

إنا لله وإنا إليه راجعون

Dukacita dimaklumkan bahawa Al-Fadhil Tuan Guru Ustaz Dato Ismail Kamus telah meninggal dunia sebentar tadi pada jam 12.30 pagi, 8 Mei 2020 di kediaman beliau di Ampang.

Berita ini diambil dari page Facebook rasmi beliau : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3790074787701064&id=293190480722863

Takziah diucapkan dari pihak Darul Ulum Malaysia. الفاتحه

Anjuran solat ghaib

Saya mencadangkan supaya sahabat-sahabat pecinta ulama seluruh Malaysia mengadakan solat ghaib untuk al-marhum Tuan Guru Dato’ Ismail bin Kamus sebagai memuliakan kedudukan beliau dan menghargai sumbangan dan khidmat beliau untuk agama Islam .

Kaedah solat ghaib seperti berikut

1. Tunggu maklumat sahih bahawa jenazah sudah dimandikan dan dikafankan ,setelah itu barulah solat ghaib dimulakan

2. Niat solat – Sengaja aku menunaikan solat keatas jenazah Ustaz Ismail bin Kamus empat takbir fardhu kifayah kerana Allah taa’la

3. Kemudian solat jenazah dilakukan seperti biasa. Solat boleh dilakukan bersendirian atau berjemaah dengan mereka yang ada bersama kita

4. Mereka yang berada berdekatan dan berpeluang untuk datang ,hendaklah solat secara hadir dan sekiranya tidak berpeluang boleh juga solat dilakukan di tanah perkuburan atau melakukan solat ghaib dirumah berdasarkan pandangan Imam Ramli

5. Bagi mereka yang jauh boleh juga mengerjakan solat di tanah perkuburan apabila selesai PKP nanti

6. Niatkan pahala bacaan khatam Quran dihadiahkan seumpamanya kepada al-marhum

7. Kita buat semua ini atas dasar mencintai ulama serta mengharapkan ramai manusia yang akan mensolatkan jenazah kita dan menghadiahkan khataman al-Quran untuk kita pula saat tiba giliran kita kelak.

Sharekan anjuran di atas.

By |2020-05-08T02:45:47+00:00May 7th, 2020|Berita|0 Comments

Penafian : Pihak Darul Ulum Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap artikel yang ditulis di dalam laman sesawang ini. Ia adalah hak milik penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Darul Ulum Malaysia.

Sidang Redaksi Darul Ulum Malaysia
Sidang Redaksi Darul Ulum Malaysia terdiri daripada beberapa orang sukarelawan yang meguruskan perjalanan laman sesawang DUM.
Go to Top