Home/Biografi/Kesungguhan Maulana Qasim Nanautwi Beribadah Dalam Bulan Ramadan

Kesungguhan Maulana Qasim Nanautwi Beribadah Dalam Bulan Ramadan

Aku (Maulana Zakaria) tidak dapat jumpa maklumat yang terperinci mengenai amalan Maulana Qasim dalam bulan Ramadan, dan tiada siapa yang dapat membantuku dalam perkara ini. Hanya ini sahaja yang diketahui, beliau menghafal Quran pada Ramadan 1277H/ September 1860 ketika dalam perjalanan ke Tanah Hijaz, dengan menghafal 1 juzuk setiap hari dan terus membacanya pada malam hari yang sama dalam solat terawih. Maulana Ya’qub Nanautwi menulis dalam biografi Maulana Qasim bahawa beliau bertolak untuk menunaikan haji pada Jamadil Akhir 1277H/ December 1860 dan tiba di Makkah di penghujung Zulkaedah/ Mei 1861. Selepas menunaikan haji beliau ke Madinah dan pulang Makkah pada Safar/ Ogos 1861. Beliau tiba di Mumbai pada permulaan Rabiul Awwal/ September 1861 dan di rumah pada Jamadil Akhir/ Disember 1861. Beliau menaiki kapal layar dari Karachi untuk menunaikan haji pada ketika inilah beliau mula menghafal Quran. Selepas Aidilfitri, beliau tiba di Al-Mukkala (Pelabuhan di Selatan Yaman). Beliau menjamu rakan-rakan dengan manisan untuk meraikan kejayaannya menghafal Quran.

Sebelum itu, tiada siapa yang tahu beliau telah menghafal Quran. Hanya selepas itu  beliau akan kata “Aku menghafal Quran dalam tempoh 2 tahun dalam Ramadan, dan aku menghafal 1 ¼ juzuk atau leibh setiap hari.” Aku sendiri (Maulana Ya’qub) tahu beliau pernah membaca 23 juzuk dalam satu rakaat, sekiranya ada sesiapa mengikutinya solatnya beliau akan menyempurnakan rakaat tersebut dan beritahu orang tersebut untuk beredar dan jangan ikut, kemudian beliau meneruskan berseorangan diri sepanjang malam membaca Quran.

By |2020-05-03T23:06:53+00:00May 3rd, 2020|Biografi|0 Comments

Kongsi di dalam media sosial anda

Go to Top