Home/Biografi/Kesungguhan Maulana Shah Abdul Rahim Raipuri Beribadah Dalam Bulan Ramadan

Kesungguhan Maulana Shah Abdul Rahim Raipuri Beribadah Dalam Bulan Ramadan

Kisah beliau ditulis dalam Tazkiratul Khalil:

Maulana sangat cinta menyebarkan ilmu berkenaan Quran (Beliau telah membina 20-30 madrasah untuk budak-budak kecil untuk mempelajari cara membaca dan menghafal Quran). Beliau sendiri sangat mencintai tilawah Quran, memandangkan beliau ialah Hafiz maka sepanjang malam akan diluangkan untuk membaca Quran. Dalam sehari beliau jarang tidur melebihi 1 jam.

Beliau agak kurang senang apabila orang ramai datang ingin menemuinya kerana ia akan memakan masa beliau, hanya selepas waktu Asar ke Maghrib dan 9 pagi ke 10 pagi sahaja orang ramai dibenarkan untuk menziarahinya. Selain daripada tempoh waktu tersebut, sekiranya tiada apa-apa keperluan maka beliau tidak akan bertemu dengan sesiapa. Beliau akan menutup pintu dan menikmati saat-saat bersendirian berkhalwat dengan Tuhan. Beliau makan sangat sedikit dalam Ramadan disebalik peningkatan yang drastik dalam amal ibadahnya. Sehinggakan orang ramai berasa simpati ke atas beliau. Majlis beliau selepas Asar hingga Maghrib akan dibatalkan sepanjang bulan Ramadan.

Pada waktu berbuka dan sahur, beliau hanya minum lebih kurang 2 ½ chai dan 1 keping atau separuh capati. Pada permulaan Ramadan, beliau akan mengimamkan solat terawih dan akan selesai pada jam 2 hingga 2.30 pagi, namun pada penghujung Ramadan kerana badan beliau menjadi terlalu letih beliau terpaksa menjadi makmum sahaja.

Selain daripada tilawah sendiri beliau akan mendengar 3-4 juzuk Quran dalam solat Terawih. Beliau tidak membenarkan mana-mana tetamu untuk bertemu dengan beliau kerana sibuk dengan Al-Quran walhal pada bulan Ramadanlah jumlah tetamu beliau bertambah, sungguhpun begitu tetap beliau tidak izinkan. Mereka hanya boleh lihat dari jauh ketika beliau berjalan ke masjid. Segala urusan membalas surat akan turut diberhentikan; Beliau lansung tidak akan mendengar atau membaca satu surat.

Maulana merupakan seorang yang sentiasa berzikir malah inilah makanan kerohanian beliau, menerusi zikirlah beliau mendapat kekuatan fizikal dan rohani yang tidak dapat ditandingi oleh mana-mana ubat penguat.

Aku (Maulana Zakaria) pernah menulis surat  menzahirkan keinginanku kepada Maulana Abdul Rahim untuk meluangkan Ramadan bersama beliau, beliau membalas dengan penuh kasih sayang bahawa bulan Ramadan bukanlah masa untuk pertemuan atau berjalan, kekal di mana kamu berada dan ingatlah Allah.

Lalu aku merayu, paling kurang izinkanlah untuk aku datang pada 10 hari terakhir. Beliau membalas, sebab yang menghalang engkau di awal Ramadan untuk datang sebab yang sama terpakai di akhir Ramadan, tetapi siapalah aku untuk menghalang orang mulia seperti engkau dan bapa engkau. Aku membalas surat ini dalam bulan Ramadan ini adalah semata-mata kerana ini adalah surat daripada engkau. Teruskanlah berzikir dan bewirid seperti mana yang sheikh engkau telah beri.

Aku teringat bapaku turut menegahku kerana beliau kata kehadiranku akan mengganggu tawajuh maulana yang akan mula sibuk memikirkan tentang makan dan minumku di sana.

 

By |2020-05-11T16:44:02+00:00May 11th, 2020|Biografi|0 Comments

Kongsi di dalam media sosial anda

Go to Top