Home/Pengajian Takhassus Tafsir/Kisah-kisah yang berulang-ulang di dalam Al-Quran

Kisah-kisah yang berulang-ulang di dalam Al-Quran

✏️ Penciptaan Nabi Adam ‘alaihissalam dari tanah, Malaikat diperintah sujud hormat pada Baginda, Iblis menyombong diri terhadap Baginda lalu ia dilaknat dan usaha Iblis untuk menyesatkan anak adam.

✏️ Kisah-kisah perdebatan Nabi Nuh, Nabi Soleh, Nabi Ibrahim, Nabi Lut, dan Nabi Syu’aib ‘alaihimussalam dengan bangsa dan kaum mereka tentang tauhid kepada Allah Ta’ala dan mengajak kepada kebaikan dan mencegah dari kemungkaran.

✏️ Kesombongan sebahagian kaum untuk tidak beriman, mengemukakan keraguan-keraguan yang lemah dan bagaimana Para Anbiya’ menyangkal keraguan mereka.

✏️ Ujian Allah bagi sebahagian kaum dengan menurunkan azab.

✏️ Bantuan Allah Ta’ala kepada Para Anbiya’ dan pengikut mereka.

✏️ Kisah Nabi Musa dengan Fir’aun, Orang-orang bodoh Bani Israel dan kedegilan mereka terhadap Baginda ‘alaihissalam serta azab Allah terhadap mereka yang celaka.

✏️ Kisah Nabi Daud dan Nabi Sulaiman ‘alaihimassalam, pemerintahan dan kelebihan mereka berdua.

✏️ Kesusahan Nabi Ayyub dan Nabi Yunus ‘alaihimassalam dan terzahir rahmat Allah untuk mereka berdua.

✏️ Kisah doa Nabi Zakariyya ‘alaihissalam dan penerimaan doa Baginda.

✏️ Kisah Nabi ‘Isa ‘alaihissalam yang menakjubkan iaitu lahir tanpa bapa, bercakap sewaktu masih bayi dan terzahir perkara yang luar biasa daripada Baginda.

Hikmah berulang-ulangnya kisah-kisah di atas adalah supaya mudah manusia mengambil peringatan dan perhatian untuk mengelakkan diri melakukan kesilapan yang sama.

Sumber: Al-Fauz ul-Kabir li Syah Waliyullah Dehlawi

Oleh: Ustaz Syahin Amal Bin Shukor
Pengajian Takhassus Tafsir Al-Quran

Kembali ke Senarai Artikel Pengajian Takhassus Tafsir

By |2022-01-18T02:59:33+00:00January 18th, 2022|Pengajian Takhassus Tafsir|0 Comments

Kongsi di dalam media sosial anda

Go to Top