Home/Madrasah Hafiz, Utara/Maahad Darul Furqan, Kubur Panjang

Maahad Darul Furqan, Kubur Panjang

MAAHAD DARUL FURQAN, KUBUR PANJANG

 

PENGENALAN

Maahad ini telah mula beroperasi sejak 27 mac 2010. Bermula dengan seorang ustaz (Ustaz Fadhlan bin Jaffar selaku mudir maahad) dan bersama dengannya empat orang pelajar. Sehingga kini pelajar di maahad ini sudah melebihi 100 orang pelajar dan 7 orang ustaz yang berkhidmat.

 

Asas penubuhan maahad adalah untuk melatih dan melahirkan para pelajar menjadi insan hafiz yang berdisiplin dan berkualiti lagi alim yang memahami Al-Quran serta da’I yang menyampaikan Al-Quran yang mulia.

 

MAKLUMAT SEKOLAG AGAMA / SEKOLAH KAFA

Kod Sekolah Jakim      : KZHA001

Kod Sekolah Negeri     : KZHA001

Nama Sekolah             : MAAHAD DARUL FURQAN

Alamat                        : NO. 1, DARUL FURQAN, KUBUR PANJANG, MUKIM

  RAMBAI, PENDANG

Poskod                         : 06700

Negeri                         : KEDAH

Daerah                                    : PENDANG

Tarikh Ditubuhkan      : 2011-06-15

Nama Pengetua          : FADHLAN BIN JAFFAR

No. Telefon                 : 0195524493

No. Faks                       : 047334480

Alamat Website          : TIADA

Alamat emel               : mdf052011@gmail.com

No. Akaun                    : 02060000256716

Nama Bank                 : MAAHAD DARUL FURQAN ( BANK MUAMALAT )

  BANK MUAMALAT, SOUQ AL-BUKHARY, ALOR SETAR

Agensi                         : LEMBAGA PENGURUSAN SEKOLAH

Bertanggungjawab    

 

Jenis Sekolah               : MAAHAD TAHFIZ SWASTA (REN & MEN)

Sesi                              : PAGI DAN PETANG

Kemudahan Asrama   : ADA

Gender Pelajar            : LELAKI & PEREMPUAN

Kurikulum                    : Jakim, Kebangsaan, Sekolah Agama Negeri, Swasta, Tahfiz   

Status Pendaftaran     : BERDAFTAR

Negeri

 

 

 

PENGAJIAN

TAHFIZ

1) Pengajian Nazirah

Asas Al Quran , Tajwid – Perbetulkan bacaan.

Target 6 bulan kemudian boleh mula menghafaz Al-Quran

 

2) Pengajian TAHFIZ AL QURAN

Target 1 bulan : 1 1/2 juzuk. (1 – tahun 10 juzuk)

3 Tahun 30 Juzuk.

(Mengikut kemampuan pelajar)

 

3) Syahadah

Pelajar akan membaca seluruh Al-Quran dengan hanya

1) 1 hari 30 juzuk

2) 2 hari ( Setiap 1 hari 15 juzuk)

3) 3 hari (Setiap 1 hari 10 juzuk)

 

Kitab asas yang dipelajari selain subjek Al-Quran:_

– Asas Fardhu Ain

– Fiqh asas

– Tulisan jawi

– Aqidah

– Adab

 

YURAN

Yuran pendaftaran

– RM200

 

Yuran bulanan

– RM250

 

Tahunan

– RM200

 

Rehal

– RM50

 

AKTIVITI

MEMANAH

BERKUDA

 

Darul Furqan mengadakan aktiviti ini adalah untuk memberi peluang dan pendedahan kepada pelajar-pelajar untuk menyelami Sunnah berkuda dan memanah dalam kehidupan Rasulullah SAW. Oleh itu, asbab pemikiran Ustaz Fadhlan (mudir), beliau telah membangkitkan aktiviti seperti ini supaya Sunnah nabi dapat dijaga dengan baik dan tidak ditinggalkan.

Bimbingan memanah dan juga berkuda ini telah dikelolai oleh ustaz fadhlan sendiri. Beliau lah yang  memberi tunjuk ajar kepada pelajar dengan teknik yang baik mengikut Sunnah nabi SAW.

Aktiviti ini sama sekali tidak dikenakan apa-apa yuran dan bayaran tambahan terhadap pelajar kerana ianya sebahagian dari pembelajaran mereka selain menghafaz Al-Quran.

 

Hikmah yang boleh dipelajari daripada aktiviti ini adalah :

– memahami peranan berkuda dan memanah sebagaimana yang dianjurkan dalam Islam

– membuang perasaan takut dan gementar dalam kehidupan

– melatih keseimbangan badan (body balancing) ketika melakukan kedua-dua aktiviti

– melatih diri dalam kesabaran untuk berjaya

– menajamkan daya fokus individu

– melatih emosi dan fizikal untuk mencapai target

 

 

SUMBANGAN

Segala bentuk sumbangan boleh dihulurkan kepada pihak/wakil maahad atau terus bank in kepada akaun maahad:_

Akaun Maahad Darul Furqan

BANK MUAMALAT

02060000256716

 

Pihak maahad mengucapkan jutaan terima kasih kepada tuan/puan diatas sumbangan yang diberikan. Semoga Allah S.W.T menambahkan lagi keberkatan didalam hidup tuan/puan dunia akhirat.

 

HUBUNGI KAMI

Alamat:_

No 1, Darul Furqan,

Kubur Panjang Mukim Rambai,

06760 Pendang, Kedah.

 

Email :

mdf052011@gmail.com

Facebook :

Tahfiz Darul Furqan Kubor Panjang

 

No Tel:

USTAZ FADHLAN (MUDIR)

– 0195524493

USTAZ FIRDAUS

– 0134602115

USTAZ IKHWAN

– 0133461227

USTAZ MUSTAQIM SULAIMAN

– 0129047966

USTAZ AIZUDDIN MOKHTAR

– 0194351231

 

 

By |2020-07-23T02:04:52+00:00July 14th, 2020|Madrasah Hafiz, Utara|0 Comments

Kongsi di dalam media sosial anda

Go to Top