Home/Alim, Madrasah Hafiz, Tahfiz, Tengah/Maahad Tahfiz Darul Itqan Al-Muhammadi

Maahad Tahfiz Darul Itqan Al-Muhammadi

 

MAAHAD TAHFIZ DARUL ITQAN AL-MUHAMMADI (MTDIM)

MTDIM merupakan sebuah institusi pendidikan Islam tradisional yang menawarkan pengajian hafiz dan alim dengan suasana tarbiah. Disini merangkumi amalan sunnah seharian, bicara iman, halqah ilmu fadhilah, ibadah & zikir, khidmat, ziarah & khuruj.

PENGENALAN

Maahad Tahfiz Darul Itqan Al-Muhammadi, telah ditubuhkan pada penghujung tahun 2011, di atas sekeping tanah wakaf di Kampung Batu 40, Sabak Bernam, Selangor. Ia diasaskan oleh Maulana Mohd Sharif Bin Haji Musa al-Hafiz yang telah menamatkan pengajiannya di Faisalabad, Pakistan. Beliau bukanlah baru dalam usaha menubuh dan mentadbir sekolah agama berformatkan madrasah tahfiz, bahkan beliau adalah pengasas kepada Maahad Tahfiz Ummul Qura, Sabak Bernam yang ditubuhkan pada tahun 1997.

Maahad Tahfiz Darul Itqan Al-Muhammadi  ini adalah sebuah institusi pendidikan Islam yang berformatkan madrasah tahfiz dan alim, di mana pembelajaran dan penghayatan amal dilakukan pada masa yang sama. Kesemua pelajar-pelajar tinggal di kediaman-kediaman di dalam kawasan Maahad ini. Ia merupakan kampung  tersendiri yang wujud dalam suasana ilmu.

.

PENGAJIAN-PENGAJIAN

Pengajian tahap pertama – Pengajian Hafiz Al-Quran. Di peringkat ini, anak-anak muda akan dilatih melancarkan bacaan, mengingati keseluruhan al-Quran dan seterusnya memelihara ingatan tersebut.

Pengajian  tahap kedua – Pengajian  Alim Syar’iah di mana pelajar-pelajar akan mempelajari asas-asas Bahasa Arab dan mendalami kitab-kitab turath muktabar (Ahli Sunnah wal-Jama’ah).

  1. Pengajian Hafiz al-Quran

Pengajian ini menumpukan perhatian khusus terhadap penghafalan ayat-ayat suci al-Quran dan penekanan terhadap mutu bacaan pelajar-pelajar. Objektif pengajian ini adalah supaya pelajar-pelajar yang mengikutinya dapat mengingati keseluruhan al-Quran dengan sempurna.

Pengajian ini dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti berikut:

  • Pra-Tahfiz (Nazirah)

Pelajar-pelajar yang melalui peringkat ini adalah mereka yang belum lancar dalam pembacaan dan juga mereka yang belum lagi mengkhatamkan pembacaan asas.

Peringkat ini mengambil masa antara 4 hingga 6 bulan.

  • Pengajian Tahfiz

Bagi pelajar-pelajar yang selesai melalui peringkat Nazirah atau pembacaan asas mereka telah pun lancar, mereka akan mengikuti peringkat ini. Di peringkat ini, pelajar-pelajar akan menghafal keseluruhan al-Quran dengan kaedah-kaedah tertentu yang akan diajar kepada mereka.

Peringkat ini adalah setaraf dengan Sijil Hafiz al-Quran dalam mana-mana pengajian konvensional dan mengambil masa 3 tahun untuk disempurnakan.

  • Syahadah Tahfiz (Kepakaran al-Quran)

Pelajar-pelajar yang telah menghafal keseluruhan 30 juzu’ akan memantapkan hafalan mereka dengan mengikuti program kepakaran al-Quran atau juga dikenal sebagai syahadah. Setelah lulus peringkat ini, maka pelajar diiktiraf sebagai al-Hafiz.

Peringkat ini adalah setaraf dengan Diploma Hafiz al-Quran dalam mana-mana pengajian konvensional dan mengambil masa 1 tahun untuk disempurnakan.

  1. Pengajian Alim Syar’iah

Pengajian ini memberikan penumpuan kepada mendalami ilmu Bahasa Arab dan kitab-kitab turath muktabar (Ahli Sunnah wal-Jama’ah).

Pengajian ini dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti berikut:

  • Tahap Sanawiyah Ammah

Pelajar-pelajar akan mengikuti pengajian asas fardu ain seperti (Ilmu Feqah, Tauhid dan Tajwid) dan asas Bahasa Arab (Ilmu Nahu dan Saraf).

Peringkat ini adalah setaraf dengan Sijil Alim Syar’iah dalam mana-mana pengajian konvensional dan mengambil masa 2 tahun untuk disempurnakan.

  • Tahap Sanawiyah Khassah

Pelajar-pelajar akan mengikuti pengajian Ilmu Nahu, Faraidh, Peradaban Bahasa Arab, Feqah dan Usul Feqah, Mustolah Hadis dan Tafsir al-Quran.

Peringkat ini adalah setaraf dengan Diploma Alim Syar’iah dalam mana-mana pengajian konvensional dan mengambil masa 2 tahun untuk disempurnakan.

  • Tahap Syahadah Alimiah

Pelajar-pelajar akan mengikuti pengajian Ilmu Hadis, Hadis-hadis Riadhus Solihin dan Hayatus Sahabah dan Tafsir al-Quran (Jalalain).

Peringkat ini adalah setaraf dengan Sarjana Muda Alim Syar’iah dalam mana-mana pengajian konvensional dan mengambil masa 2 tahun untuk disempurnakan.

  • Tahap al-Fadzil

Pelajar-pelajar akan mendalami kitab-kitab Mishkat al-Masabih dan Sunan as-Sittah (Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Sunan Tirmizi, Sunan Abu Daud, Sunan Nasa’I dan Sunan Ibnu Majah).

Peringkat ini adalah setaraf dengan Sarjana Alim Syar’iah dalam mana-mana pengajian konvensional dan mengambil masa 2 tahun untuk disempurnakan.
.

Ustaz Muhammad Sharif Bin Haji Musa al-Hafiz

Pengasas  MTDIM

.

TARBIAH DAN PENGHAYATAN

Objektif penubuhan MTDIM bukan sekadar menyediakan ilmu, bahkan untuk mendidik anak-anak muda kembali menghayati agama dan sunnah  secara lengkap. Keseluruhan perjalanan jadual harian  MTDIM adalah merupakan tarbiah kepada pelajar-pelajar yang  menimba ilmu didalamnya.

Ia juga memberi  terbiah  terhadap pelajar bagi menghidupkan  amalan sunnah Baginda Nabi S.A.W seharian secara praktikal. Bermula daripada sunnah-sunnah penampilan diri seperti pakaian lalu mendalam kepada sunnah ibadah dan seterusnya menerokai sunnah yang lebih besar iaitu sunnah dakwah Baginda Nabi S.A.W.

Tidak lupa juga, Pelajar-pelajar MTDIM bukan sahaja mempelajari ilmu agama, mereka juga diajar usaha menyebarkan agama(Usaha dakwah). Usaha ini yang menjadi nadi agama itu sendiri  didedahkan kepada setiap pelajar-pelajar. Dengan usaha sebegini, pelajar-pelajar bukan sahaja akan mempunyai pemikiran untuk mendalami ilmu, malah mereka juga akan mempunyai kerisauan yang dalam terhadap ummat di seluruh alam.

SUMBER KEWANGAN

MTDIM mendapat Sumber kewangan daripada tiga sumber iaitu yuran,sumbangan dan juga wakaf.

  • Yuran

Yuran yang dikenakan kepada pelajar-pelajar yang mengikuti pengajian-pengajian di MTDIM sebanyak RM320 untuk yuran pendaftaran dan RM280 untuk yuran bulanan.

  • Sumbangan dan wakaf

Sebagai sebuah badan persendirian, MTDIM ditadbir dengan pembiayaan yang juga bersifat persendirian. Operasinya adalah berdasarkan konsep tabaaruksemata-mata untuk kemajuan ummat Islam dan bukan untuk tujuan komersil. Yuran-yuran yang diambil dari pelajar-pelajar adalah begitu minima dan seringkali berlaku defisit dalam menangani perbelanjaan bulanan yang besar. Oleh kerana demikian,  sumbangan dan juga wakaf  telah banyak membantu pengurusan  MTDIM dari segi utility, pembangunan, kemudahan dan sebagainya.
.

PENCAPAIAN

Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT dengan limpah kurnia-NYA kerana Mahaad Tahfiz Darul Itqan Al Muhammadi(MTDIM) telah berjaya melahirkan hafiz dan hafizah seramai 29 orang. Majlis khatam Al-Quran biasanya akan di adakan di dewan besar MTDIM pada jam 3:00 petang yang dihadiri oleh semua pelajar MTDIM dan guru-guru MTDIM. Para pengkhatam Al-Quran akan menghantar hafalan sabak terakhir mereka kepada Maulana Muhammad Sharif mudir MTDIM. Lebih manis kejayaan ini dikongsi dengan kehadiran ke dua ibu bapa para pengkhatam Al-Quran yang datang di berlainan negeri. JazakallahuKhairanKatseera kepada guru-guru yang tidak jemu dan membimbing para pangkhatam Al-Quran ini sehingga mereka berjaya sampai ke tahap ini. Besarlah harapan pihak MTDIM supaya mereka dapat mengekalkan hafalan Al-Quran dalam diri mereka seterusnya mengamalkan keseluruhan isi kandungan Al-Quran dalam kehidupan mereka.

Sumbangan

Sebarang sumbangan boleh dilakukan kepada akaun bank berikut

Nama Akaun: Maahad Tahfiz Darul Itqan al-Muhammadi

Bank: Malayan Banking Berhad

Nombor Akaun: 562094050271

Sila mesejkan sumbangan anda kepada Mudir madrasah –

Ustaz Muhammad Sharif Bin Haji Musa al-Hafiz

– 012 352 4420 –

Semoga sumbangan yang diberikan diterima Allah dan menjadi asbab kepada kemajuan ummat di seluruh alam.

By |2020-05-10T05:16:03+00:00May 5th, 2020|Alim, Madrasah Hafiz, Tahfiz, Tengah|0 Comments

Kongsi di dalam media sosial anda

Go to Top