Home/Alim, Madrasah Hafiz, Selatan/Madrasah Al-Quran Sinaran Baru

Madrasah Al-Quran Sinaran Baru

MADRASAH AL-QURAN SINARAN BARU (MQSB)

PENGENALAN

Madrasah Al-Quran Sinaran Baru merupakan salah sebuah Institusi Pengajian Islam yang telah ditubuhkan pada tahun 1998 Masihi.

Mula beroperasi di Taman Sentosa, Johor Bharu. Madrasah ini kemudiannya berpindah ke Taman Anggerik, Tampoi.

Tapak madrasah kini yang berada di Lot 3648, Lorong Langsat, Kampung Sinaran Baru, Skudai ini yang diwakafkan oleh Almarhum Tuan Haji Esa b. Md Yunos, mula dibangunkan pada tahun 1998 dan siap sepenuhnya untuk digunakan bagi pengajian tahfiz al-Quran pada tahun 2002.

Pengajian Islam dan bahasa Arab pula telah bermula sejak tahun 2009.

Sehingga kini, madrasah ini telah berjaya melahirkan lebih daripada 150 orang graduan huffaz dan dai’e yang berkhidmat untuk agama, negara dan umat Islam seluruhnya.

VISI

Melahirkan ulama’ daie yang berketerampilan, berwibawa dan bertaqwa yang mampu menyumbang ke arah pembangunan seluruh umat.

MISI

  • Menerapkan ilmu serta bimbingan dan tarbiah mengikut kefahaman Ahli Sunnah wal Jamaah yang berasaskan kepada al-Quran dan as-Sunnah.
  • Menjadi pusat kaunseling masyarakat.
  • Menjadi ‘Qudwah’ – ikutan dan rujukan.
  • Membangunkan keperibadian pelajar melalui khidmat, interaksi dan penyampaian ilmu kepada masyarakat.
  • Menerapkan dan menyuburkan amalan profesional dan semangat kerja secara berjemaah (team work) di kalangan pelajar, pengajar dan pentadbir.
  • Menjadi pusat ilmuan yang dihormati.

PENGAJIAN

PENGAJIAN TAHFIZ AL-QURAN

  • Pengajian Hafazan al-Quran sepenuh masa.
  • Jangka masa pengajian dari 2 tahun hingga 5 tahun (mengikut kemampuan pelajar).

PENGAJIAN SYAHADAH AL-QURAN

  • Terbuka kepada semua pelajar Tahfiz dari seluruh Malaysia dan luar negara.
  • Tahap pengajian terakhir bagi pengajian Tahfiz al-Quran
  • Tempoh pengajian ialah selama 2 tahun (bergantung kepada kemampuan pelajar).
  • Pelajar akan mengulang hafalan al-Quran sehingga mampu mengkhatamnya dalam masa satu, dua atau tiga hari sahaja.

PENGAJIAN ISLAM DAN BAHASA ARAB

  • Pengajian ilmu-ilmu Islam berteraskan pembelajaran kitab secara bersanad.
  • Tempoh pengajian adalah selama 8 tahun termasuk 2 tahun Dauratul Hadith.
  • Antara ilmu yang dipelajari ialah Saraf, Nahun Mutola’ah, Mantiq, Balaghah, Feqah, Usul, Tafsir dan Hadith secara bersanad.

DAURATUL HADIS

  • Pembelajaran merangkumi enam kitab hadis utama (sahih sittah) dan beberapa kitab hadis terpilih
  • Tempoh pengajian ialah selama dua tahun.
  • Peringkat akhir bagi pelajar-pelajar Pengajian Islam dan Bahasa Arab (Alim).

SYARAT KELAYAKAN

  • Terbuka kepada semua warganegara Malaysia dan luar negara.
  • Berumur di antara 12 tahun – 16 tahun kecuali bagi lepasan Tahfiz.
  • Mempunyai minat dan kesungguhan yang mendalam.
  • Boleh membaca al-Quran dan menulis jawi dengan baik.
  • Lulus temuduga.

TEMUDUGA

  • Temuduga pengambilan pelajar bagi semua jurusan hanya diadakan beberapa kali setahun.
  •  Permohonan dan pendaftaran temuduga akan dilakukan pada hari temuduga berlangsung.
  •  Tarikh temuduga tahunan akan diumumkan melalui mana-mana masjid/surau, intitusi pengajian lain, poster pemberitahuan dan internet.

PENDAFTARAN

  • Kemasukan pelajar baru ialah pada bulan Syawal dan bulan Januari setiap tahun.
  • Pelajar yang lulus temuduga akan dihubungi melalui telefon dan dimaklumkan dengan surat penerimaan.
  • Yuran, masa, tempat pendaftaran dan keperluan diri yang perlu dibawa akan dimaklumkan melalui surat penerimaan.

PEPERIKSAAN DAN UJIAN

  • Peperiksaan umum bagi Pengajian Tahfiz, Alim dan Tajwid hanya diadakan sebanyak dua kali setahun.
  • Peperiksaan umum bagi pengajian Alim diadakan bagi menentukan sama ada individu tersebut layak ke pengajian yang  seterusnya pada tahun yang berikutnya atau perlu mengulang pengajian dalam kelas yang sama.
  • Peperiksaan bagi Pengajian Tahfiz dan Tajwid akan dilakukan oleh asatizah jemputan dengan Mesyuarat Asatizah.

 

ALUMNI DAN GRADUAN

MAJLIS KHATAM BUKHARI

  • Majlis Khatam Bukhari diadakan pada setiap tahun dengan menghurai hadith terakhir daripada kitab Sahih al-Bukhari untuk meraikan dan mengijazahkan sanad hadis kepada graduan yang menamatkan Dauratul Hadis.

SIJIL DAN SYAHADAH

  • Sijil-sijil madrasah hanya diberikan kepada pelajar-pelajar yang mengambil Peperiksaan Akhir Tahun atau Syahadah al-Quran.
  • Setiap graduan akan mendapat sijil-sijil madrasah yang dikeluarkan bagi menunjukkan tanda penghargaan daripada pihak madrasah atas kecemerlangan pelajar tersebut kerana berjaya menamatkan jurusan pengajiannya.

 

KEBAJIKAN

Kesihatan Pelajar

  • Bilik rawatan disediakan untuk kemudahan pelajar yang sakit.
  • Ubat-ubatan ringan diberikan secara percuma.
  • Pesakit-pesakit serius dan kronik dibawa ke klinik panel Madrasah
  • Pelajar-pelajar sakit diberi cuti bergantung kepada tahap sakit dengan kelulusan daripada Mudir Madrasah.

Wang Simpanan

  • Untuk kemudahan para pelajar, pihak madrasah menyediakan perkhidmatan simpanan wang.
  • Setiap pelajar akan diberi buku akaun dan nombor akaun yang khusus.
  • Bagi tujuan keselamatan, para pelajar hanya dibenarkan menyimpan RM20.00 sahaja pada diri.
  • Urusan pengeluaran wang boleh dilakukan sebanyak sekali seminggu. (Jumaat)

Kemudahan yang disediakan :_

  • Asrama
  • Dewan makan
  • Perpustakaan
  • Surau
  • Gelanggang permainan
  • Koperasi
  • Bilik sakit
  • Water dispenser
  • Wakaf (pondok rehat)

 

YURAN MADRASAH

Yuran Madrasah terbahagi kepada dua:

  1. Yuran pendaftaran sebanyak RM200.00. Yuran pendaftaran hanya perlu dibayar sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian.
  2. Yuran bulanan madrasah ialah sebanyak RM180.00 merangkumi kos makan dan minum serta penginapan.

 

HUBUNGI KAMI

WAKTU URUSAN PEJABAT

Ahad – Khamis –          8.30 pagi – 11.30 pagi
2.30 petang – 4.30 petang

Jumaat –                      8.30 pagi – 10.45 pagi

NO. TEL:-

Pejabat:           +6 07-554 6407

Fax:                  +6 07-554 6407

H/P:                 +6 019-745 4046

E-MAIL:-

mqsb.jb@gmail.com

ALAMAT :-

Lorong Langsat,

Kampung Sinaran Baru,

81300 Skudai, Johor.

By |2020-06-30T06:56:41+00:00June 30th, 2020|Alim, Madrasah Hafiz, Selatan|0 Comments

Kongsi di dalam media sosial anda

Go to Top