Madrasah Ar Rasyidin

PENGENALAN DAN SEJARAH PENUBUHAN

Mula beroperasi pada 17 Ogos 2019 dengan kemasukan awal seramai 7 orang pelajar. Sehingga kini pelajar berjumlah 19 orang. Pengajian kitab seramai 4 orang dan Hafiz seramai 15 orang. Ustaz-ustaz berjumlah 7 orang. 2 orang ustaz dibahagian Hafiz dan 5 orang di bahagian kitab.

VISI

Menjadi pusat penyebaran ilmu dalam melahirkan para hafiz dan para alim yang berkualiti dari segi ilmu dan amalan. Mewujudkan insan yang beriman, bertaqwa, berakhlak mulia, berprestasi, berketrampilan, cinta al quran dan dakwah seluruh alam serta menjadi platform untuk melanjutkan pengajian di peringkat lebih tinggi di dalam dan luar negara.

MISI

  • Mengembangkan sistem pembelajaran yang menghasilkan pelajar bertaqwa, cerdas, berketrampilan dan berdikari, berakhlakul karimah yang berjiwa ahlu sunnah wal jamaah.
  • Mendidik masyarakat kearah pembinaan generasi al quran dimana penghayatan dalam kehidupan mereka dan menjadi natijah pengwujudan masyarakat madani.
  • Melahirkan agamawan yang profesional, jujur, bermental kuat dan memiliki nilai-nilai kemasyarakatan yang berwawasan.
  • Mengembangkan nilai kecintaan terhadap al quran dengan menghafal, menghayati, mengamalkan serta mengembangkan kecintaan terhadap dakwah islam ke seluruh alam.

GURU & PELAJAR

Bilangan sejak awal pembukaan sehingga kini :_

7 orang guru

19 orang pelajar

PENGAJIAN

PENGAJIAN ALIM

Setakat ini kami masih di peringkat Alim 1, dan insyaallah akan dibuka kelas seterusnya iaitu Alim 2 – Alim 8.

Pengajian kitab bermula dari kelas Alim 1

Silibus:

  1. Nahu
  2. Sorof
  3. Feqah
  4. Tauhid
  5. Tasawwuf
  6. Sirah
  7. Insya
  8. Tafsir

Dengan menggunakan kitab jawi lama dan arab.

PENGAJIAN HAFIZ

Tempoh : 3 tahun

Kaedah Pembelajaran :

Nazirah (belajar membaca)
Ianya mengambil masa 2-3 bulan untuk menguasai cara baca Al-Quran yang betul. Jika pelajar sudah mahir mereka akan pergi ke peringkat seterusnya iaitu hafalan.

Hafalan sepenuh masa
Hafalan Al-Quran mengambil masa 2 – 3 tahun bergantung kepada kerajinan dan kepintaran pelajar. Pada peringkat ini, pelajar akan menghafal keseluruhan Al-Quran dengan kaedah tertentu yang akan diajarkan kepada mereka.

Syahadah
Pelajar yang telah menghafal keseluruhan 30 juzu ’dan akan mengukuhkan hafalan mereka dengan mengikuti program syahadah Al-Quran.  Tempoh yang diambil adalah selama 1 tahun dan setelah itu, mereka akan mengambil ujian dengan membaca keseluruhan Al-Quran dalam masa satu hari , dua hari, atau tiga hari. Tempoh hari adalah bergantung kepada kemampuan pelajar tersebut.

SYARAT KELAYAKAN

  • Minat belajar
  • Tidak mengikut peringkat umur
  • Atas kehendak sendiri
  • Tidak terlibat kes kes yang melibatkan kes mahkamah

Kemudahan Asas

  • Asrama
  • Surau
  • Koperasi

Kemudahan Bersukan

  • Memanah
  • Berkuda

YURAN

Yuran Pendaftaran : 100

Yuran Bulanan : 200

HUBUNGI KAMI

ALAMAT:
Madrasah Ar Rasyidin

B101 Jalan Belakang Madrasah Moden MAIDAM, Kuala Nerus, Terangganu

WAKTU PEJABAT :

8.00 AM – 5 PM
(SETIAP HARI)

NO TELEFON :
Marzuki
0146475848

EMAIL MADRASAH :
madrasaharrasyidin@gmail.com

SUMBANGAN

Nama Bank : RHB

Nama Akaun : 21306160026670

Nombor Akaun Bank : MADRASAH AR RASYIDIN

By |2020-09-30T07:16:26+00:00September 17th, 2020|Alim, Madrasah, Madrasah Hafiz, Pantai Timur, Tahfiz|0 Comments

Penafian : Pihak Darul Ulum Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap artikel yang ditulis di dalam laman sesawang ini. Ia adalah hak milik penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Darul Ulum Malaysia.

Huzaifah Jamaluddin Sidang Redaksi Darul Ulum Malaysia
Sidang Redaksi Darul Ulum Malaysia terdiri daripada beberapa orang sukarelawan yang meguruskan perjalanan laman sesawang DUM.
Go to Top