Home/Alim, Madrasah Hafiz dan Hafizah, Sarawak, Tahfiz/Madrasah Darul Uloom Islamiyyah Kuching

Madrasah Darul Uloom Islamiyyah Kuching

MADRASAH DARUL ULOOM ISLAMIYYAH KUCHING, SARAWAK

PENGENALAN

Bermula dengan sebuah rumah usang yang dibaikpulih yang menempatkan seramai 16 orang pelajar dalam tahun 2010, itulah titik tolak bermulanya madrasah Darul Uloom Islamiyyah Kuching. Atas ihsan seorang hamba Allah dari masyarakat setempat, beliau bermurah hati untuk mewaqafkan sebuah rumah yang lebih besar yang dapat menampung 50 orang pelajar. Tahun demi tahun kemasukan pelajar kian bertambah. Pada masa yang sama,  pihak pengurusan juga giat membangunkan prasarana bagi memberi kemudahan kepada pelajar-pelajar.

Darul Uloom Islamiyyah Kuching ditubuhkan berlandaskan ketaqwaan bersama bimbingan para Ulama’ dan Solihin di atas manhaj dan aqidah Ahli Sunnah Wal Jemaah untuk meninggikan Kalimah Allah dan menghidupkan Sunnah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam.

Penubuhan madrasah ini menggariskan matlamat dan objektif murni seperti berikut:

  • Melahirkan qari–qari dan hafiz–hafiz al-Quran.
  • Melahirkan bakal-bakal imam yang arif dan mahir dalam al-Quran untuk memimpin masyarakat tempatan/qariah.
  • Sebagai asas untuk menyambungkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi khususnya dalam bidang Quran/Hadis dalam dan luar Negara.
  • Kearah mencapai matlamat satu hafiz satu rumah.
  • Sesuai dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan masyarakat madani, Darul Uloom Islamiyyah Kuching dapat menyumbang kearah matlamat tersebut.
  • Dengan sokongan semua pihak, kesungguhan dan dedikasi guru-guru dan komitmen daripada setiap individu pihak pentadbiran yakin bahawa Darul Uloom Islamiyyah Kuching ini akan dapat merealisasikan objektif-objektif tersebut, Insyallah.

PROFIL

Nama Sekolah : Madrasah Darul Uloom Islamiyyah Kuching Sarawak.

  • Tahun Ditubuhkan: 2010
  • Jenis Sekolah: Maahad Tahfiz Swasta (Rendah & Menengah)
  • Status : Berdaftar dan mendapat kebenaran beroperasi daripada Majlis Islam Sarawak.
  • No. Sijil Kebenaran Beroperasi : MIS-SAR-003
  • Sesi: Sepenuh Masa.
  • Bank: Bank Rakyat – No. Akaun : 11-131-100490-5
  • Bil. Guru: 23 orang
  • Bil. Pelajar: 180 orang
  • Tukang masak: 4 orang
  • Pentadbir: 2 orang

KAKITANGAN DAN PELAJAR

Darul Uloom Isamiyyah Kuching mempunyai 6 penempatan di sekitar Sarawak.

Kampung Rampangi Jalan Santubong Kuching:
Pengajian – Hafiz
pelajar – 67
Guru – 4

Masjid Darul Ikhwanul Islam, Taman Sukma Petra Jaya:
Pengajian – Hafiz
pelajar – 4
Guru – 1

Taman Matang Jaya Petra Jaya:
Pengajian – Hafizah
pelajar – 53
Guru – 5

Jalan Depo Petra Jaya:
Pengajian – Hafizah
pelajar – 30
Guru – 3

Lorong 4, Kampung Pinang Jaya Petra Jaya:
pengajian – Diniah (Alimah)
pelajar – 26
Guru – 6

Kampung Siol Kandis Petra Jaya:
Pengajian – Diniah (Alimah)
Pelajar – 4
Guru – 2

PENGAJIAN

Hafiz & Hafizah

Darul Uloom Islamiyyah Kuching mengamalkan sistem pengajian dalam tiga peringkat. Setiap pelajar baru yang memasuki madrasah ini akan dimasukkan ke dalam kelas mengikut peringkat yang telah ditetapkan. Tempoh pengajian tahfiz dengan melalui tiga peringkat ini mengambil masa selama 2-4 tahun. Ianya mengikut kemampuan setiap individu pelajar tersebut.

(Nazirah)

Peringkat ini adalah untuk pengenalan kepada huruf-huruf Asas Al-Quran, cara baca yang betul dan kelancaran membaca sambil diterapkan  hukum-hukum tajwid dengan sempurna.

(Tahfiz)

Peringkat ini pelajar hendaklah menghafal  keseluruhan Al-Quran dan membolehkan pelajar mengingati keseluruhan tiga puluh Juzu ’ al-Quran.

(Syahadah)

Peringkat ini adalah peringkat lanjutan bagi pelajar yang telah menjadi Hafiz al-Quran. Pada peringkat ini mereka dilatih sehingga mereka mampu membaca keseluruhan Al-Quran dalam tempoh berikut mengikut keupayaan masing-masing.

1. Membaca 30 juzu’ dalam masa satu hari

2. Membaca 15  juzu’ setiap dua hari

3. Membaca 10 juzu’ setiap tiga hari.

Alimah

Manhaj (sistem pengajian) Darul Uloom Islamiyyah Kuching umumnya berorientasikan pengajian Maahad Ad-Dirasati Al-Islamiah Sri Petaling,  yang dikendalikan oleh Maulana Hamzah Bin Talib. Darul Uloom Islamiyyah Kuching  telah menetapkan pengajian alimah ini selama enam tahun.

Antara silibus yang akan dipelajari adalah:

Nahu & Sorof
Balaghah & Mantiq
Aqidah
Jawi dan Khat
Tajwid
Tafsir & Ulumul Quran
Ulumul Hadis, Takhrijul Hadis & Naqdul Hadis
Feqah, Usul Feqah & Qawaid Fiqhiyyah
Sirah Nabawiyyah & Sejarah Islam
Ahklak & Adab

KURSUS KEMAHIRAN

Tidak hanya pengajian kitab dan tahfiz, Darul Uloom Islamiyyah juga memberi peluang kepada pelajar untuk belajar dan mendalami asas kemahiran yang berada didalam lingkungan setiap manusia sehari-hari.

Kursus-kursus kemahiran yang dikemukakan pada pelajar dirancang untuk menganjakkan lagi pembentukan gaya berfikir, persepsi, sikap, tingkahlaku, adab, dan mengetahui sifat sebagai hamba Allah yang berjaya.

Kursus yang diajarkan diharapkan boleh membentuk pelajar supaya lebih berdikari dimana sahaja dengan memanfaatkan kemahiran yang di jalankan untuk masa hadapan dan mengislamkan perniagaan dengan syumul dan lebih efisyen.

Kursus yang sedang berjalan:

(Program Giat Mara)

“Kursus Pendawaian”
Untuk pelajar Hafiz sahaja
Madrasah Darul Uloom Islamiyyah
Kampung No. 6, Jalan Muhibbah, Kuching.

“Kursus Latih Memasak”
Khusus untuk pelajar Hafizah sahaja
Pengajian dipimpin oleh seorang tenaga pelatih Giatmara (Puan Sharifah Aminah)
Pelajar akan diberi siji pengajian yang di iktiraf oleh Giatmara.

Dalam perancangan:

“Pengajian Pertanian”
Program ini akan dilaksanakan di kawasan
tanah lapang Madrasah Kampung Rampangi,
Jalan Santubong, Kuching.
Program ini adalah atas kerjasama Jabatan Pertanian Sarawak.
Ia meliputi tanaman sayur-sayuran, ayam, kambing,
ternakan penghasil madu dan lain-lain.
Hasil pertanian akan dijual di pasaran tempatan.

P/S : Dengan kerjasama PINTA, Malaysia Masih dalam peringkat pemilihan kursus yang sesuai. Latihan jangka pendek untuk lepasan pelajar dalam bidang latihan kemahiran.

HUBUNGI DAN ALAMAT

 No. Telefon:  010-832 5092 (Tuan Mudir Haji Afendi Julaihi)

Alamat :

Lot 4324, Jalan Juara, Taman Sukma,

Petra Jaya, 93050 Kuching.

Email:  mduik459@gmail.com

Penafian : Pihak Darul Ulum Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap artikel yang ditulis di dalam laman sesawang ini. Ia adalah hak milik penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Darul Ulum Malaysia.

Huzaifah Jamaluddin Sidang Redaksi Darul Ulum Malaysia
Sidang Redaksi Darul Ulum Malaysia terdiri daripada beberapa orang sukarelawan yang meguruskan perjalanan laman sesawang DUM.
Go to Top