Madrasah Tahfiz Miftahul Ulum

MADRASAH TAHFIZ MIFTAHUL ULUM (MTMU)

Latar Belakang MTMU

Madrasah Tahfiz Miftahul Ulum ditubuhkan pada 2001 dengan jumlah pelajar sebanyak 30 orang pelajar lelaki dan 10 pelajar perempuan. Nama asal sebelum ini digunakan sehingga April 2008 dan diubah kepada MTMU untuk tujuan pendaftaran dengan Jabatan Agama Islam Negeri Selangor dengan no pendaftaran SPS/PRP/8/6/(SEM)-289.

Kini madrasah ini mempunyai 550 orang pelajar yang terdiri daripada 170 orang pelajar tahfiz lelaki, 70 orang pengajian islam lelaki, 220 orang pelajar tahfiz perempuan dan 90 orang pelajar pengajian islam perempuan. Jumlah tenaga pengajar seramai 57 orang.

Para pelajar menghafaz sehingga 30 juz Al-Quran dalam tempoh masa 2 hingga 4 tahun dan seterusnya mengambil syahadah iaitu bacaan Al-Quran 30 juz secara berterusan tanpa melihat mushaf dalam tempoh 1 hingga 3 hari.

Bahagian Pengajian Islam pula mempunyai 15 orang ustaz yang mengajar 5 kelas bahagian perempuan. Pengajian bahagian lelaki di madrasah ini hanya sehingga tahun ke-4 daripada keseluruhan 8 tahun pengajian.

Selepas pelajar menamatkan pengajian tahun ke-4 di madrasah ini, mereka akan menyambung pengajian tahun ke-5 di Mardasah Miftahul Ulum Sri Petaling sehingga tamat pengajian pada tahun ke-8.

Pengajian bahagian perempuan pula sehingga tahun ke-4 daripada keseluruhan 6 tahun pengajian. Pihak madrasah telah bersetuju untuk meneruskan tahun ke-5 yang akan di mulakan pada masa hadapan.

Terdapat lebih kurang 80 orang pelajar luar negara yang belajar di madrasah ini daripada Kemboja, Vietnam, Thailand, Filipina, China, Indonesia, Singapura dan Pakistan.

MISI

Melahirkan insan yang cinta kepada akhirat dan memelihara agama dari ancaman akidah dan pemahaman batil.

VISI

Membentuk institusi pengajian agama yang menjana keutuhan islam di medan antarabangsa.

PENGAJIAN BANIN (LELAKI)/ BANAT (PEREMPUAN)

Pengajian utama MTMU adalah pengajian tahfiz al-quran (Hafiz dan Hafizah) serta pengajian islam dan bahasa arab. (Alim dan Alimah).

Namun, penerapan Dakwah dan Tarbiyah bukan no.2 bahkan selari dengan pengajian yang tersebut sebagai usaha madrasah untuk melahirkan da’I pewaris Nabi SAW.

 

Pengajian Hafiz:

  • Hafazan 30 juz Al-Quran
  • Syahadah 30 juz Al-Quran
  • Pengajian asas Fardhu Ain (Tauhid dan Feqah)
  • Pengajian asas tajwid

 

 

Pengajian syu’bah kitab:

  • I’dadi/ Ibtidai (Permulaan) ..Bagi yang perlu.
  • Pengajian Alim:_
  • Alim 1
  • Alim 2
  • Alim 3
  • Alim 4
  • Alim 5
  • Alim 6 (Daratul Hadits Banat)
  • Alim 7
  • Alim8 (Daratul Hadits Banin)

Kokurikulum

  • Tarbiyah dakwah harian ( Bayan/ Nasihat/ Targhib)
  • Muhadhorah tahunan (Pidato/ Nasyid/ Syarahan/ Lakonan dan lain-lain (Dlam bahasa arab)
  • Kelas qiraat bersanad/ pengajian kitab bersanad
  • Bahas masail bulanan/ tahunan
  • Khidmat setahun sesudah tamat pengajian kitab
  • Sukaneka tahunan

Aktiviti latihan

  • Latihan berkebun
  • Latihan mengait
  • Latihan menjahit
  • Latihan berkhidmat
  • Latihan memasak

Aktiviti sukan

  • Badminton
  • Pingpong
  • Bola tampar

SYARAT PERMOHONAN

  • Berumur 13 tahun dan ke atas
  • Sihat tubuh badan dan mental
  • Mampu membaca Al – Quran dengan lancar
  • Mampu membaca / menulis tulisan jawi dengan baik
  • Mampu membaca / menulis tulisan rumi ( bahasa melayu ) dengan baik
  • Sedia patuh dan taat segala undang – undang dan peraturan madrasah
  • Tidak disabitkan dengan sebarang kesalahan jenayah
  • Tidak terlibat dengan penyalahgunaan najis dadah ( dan juga tidak merokok )
  • Mempunyai kesungguhan sendiri dan bukan kerana paksaan
  • Sedia bersusah payah untuk menghasilkan ilmu
  • Lulus temuduga yang dijalankan oleh pihak madrasah

Pihak MTMU akan mengadakan sesi temuduga sekali dalam setahun. Untuk maklumat lanjut sila hubungi pejabat MTMU atau sila rujuk pada taqwim (kalendar) MTMU untuk mendapatkan tarikh temuduga.

Dokumen yang perlu di bawa ketika memohon:

  • salinan kad pengenalan pemohon
  • salinan kad pengenalan bapa/penjaga
  • Sijil berhenti sekolah / madrasah terdahulu
  • 2 keping gambar terbaru pemohon berukuran pasport
  • Surat sokongan sekolah / madrasah terdahulu (nama / no tel individu rujukan)
  • Sijil – sijil yang berkaitan

* Bagi pelajar luar (foreigner) atau pemegang visa, sila bawa salinan pasport beserta pasport asal dan sila pastikan visa anda tidak tamat tempoh ketika memohon. Pihak madrasah hanya membantu mendapatkan visa lanjutan bagi permohonan yang berjaya sahaja.

Pelajar faqir dan miskin yang memenuhi syarat juga digalakkan memohon.

YURAN

Yuran pendaftaran :

RM1270

Yuran bulanan :

RM320

Kitab pengajian :

Harga lingkungan RM150 setahun

(harga kitab bergantung kepada kelas alim/alimah yang diduduki)

JOM INFAQ

Sukacita dimaklumkan bahawa MTMU sedang giat mengumpul dana bagi Fasa 2 Projek Pembangunan Kompleks MTMU. Pihak MTMU berbesar hati membuka peluang kepada YB/Tan Sri/Puan Sri/Dato’/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik untuk sama mendapat manfaat daripada pembangunan baru madrasah ini yang berupa pahala dan ganjaran di akhirat hasil daripada bacaan Al-Quran dan amalan-amalan yang dilakukan oleh pelajar di madrasah ini.

Segala perhatian dan sumbangan yang dihulurkan oleh pihak tuan/puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Semoga Allah memberi ganjaran kepada kalian. Untuk menginfaq dalam bentuk tunai, sila bank-in ke akaun di bawah:

No akaun:_

Maybank

Madrasah Tahfiz Miftahul Ulum

564856307750

HUBUNGI KAMI

Pejabat urusan :
B-3-11, 3rd Floor, Block B, TTDI Plaza,
Jalan Wan Kadir 3, Taman Tun Dr. Ismail,
60000 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel: +603 7722 3666
Fax: +603 77222891

Email : mtmu.edu@gmail.com

Alamat :
Lot 5649, Jalan Kuari Sungai Long,
Kg. Sungai Serai, 43100 Hulu Langat,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel : +603 9021 7790

Kongsi di dalam media sosial anda

Go to Top