Home/Hadis, Soal Jawab/Memenuhi Keperluan Seorang Muslim

Memenuhi Keperluan Seorang Muslim

Bolehkah berikan Hadis yang kuat tentang kebaikan memenuhi keperluan seorang Muslim.

JAWAPAN

1) Sayyiduna ‘Abdullah bin‘ Umar (radiyallahu ‘anhuma) mengatakan bahawa Nabi (sallallahu‘ alayhi wa sallam) bersabda:

“Seorang Muslim adalah saudara terhadap Muslim yang lain, dia tidak boleh menganiaya dan tidak akan dianiaya oleh orang lain. Sesiapa yang menunaikan hajat saudaranya, maka Allah SWT akan menunaikan hajatnya. Sesiapa yang melapangkan kesusahan seseorang Muslim, maka Allah SWT akan melapangkan kesukarannya pada hari kiamat. Sesiapa yang menutup aib seseorang Muslim, maka Allah SWT akan menutup aibnya pada hari kiamat.”

(Sahih Bukhari, Hadis: 2442 dan Sahih Muslim, Hadis: 2580)

2) Sayyiduna Abu Hurayrah (radiyallahu ‘anhu) mengatakan bahawa Nabi (sallallahu‘ alayhi wa sallam) bersabda:

“Barangsiapa yang melapangkan satu kesusahan dunia dari seorang Muslim, maka Allah melapangkan darinya satu kesusahan di hari Kiamat. Barangsiapa memudahkan (urusan) orang yang dalam kesulitan, maka Allah akan memudahkan baginya (dari kesulitan) di dunia dan akhirat. Barangsiapa menutup (aib) seorang Muslim, maka Allah akan menutup (aib)nya di dunia dan akhirat. Allah akan menolong seseorang itu selagimana dia menolong saudaranya.”

(Sahih Muslim, Hadis: 2699)

Dan Allah Taala lebih mengetahui.

Dijawab oleh: Moulana Suhail Motala

By |2020-12-07T14:09:26+00:00December 7th, 2020|Hadis, Soal Jawab|0 Comments

Penafian : Pihak Darul Ulum Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap artikel yang ditulis di dalam laman sesawang ini. Ia adalah hak milik penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Darul Ulum Malaysia.

Huzaifah Jamaluddin Sidang Redaksi Darul Ulum Malaysia
Sidang Redaksi Darul Ulum Malaysia terdiri daripada beberapa orang sukarelawan yang meguruskan perjalanan laman sesawang DUM.
Go to Top