Home/Tibbun Nabawi/Pengenalan Kitab Tibb

Pengenalan Kitab Tibb

Kitab Tibb (كتاب الطب)

Kitab Tibb – boleh dibaca tabb, tibb dan tubb (dengan tha) iaitu pengubatan badan dan jiwa, secara penggunaan bahasa disebutkan tibb.

الطِّبُّ، مُثَلَّثَةَ الطاءِ: عِلاجُ الجِسْمِ والنَّفْسِ، يَطُبُّ ويَطِبُّ، والرِّفْقُ، والسِّحْرُ، وبالكسر: الشَّهْوَةُ، والإِرادةُ، والشَّأنُ، والعادةُ، وبالفتح: الماهِرُ الحاذِقُ بعَمَلِهِ، كالطَّبيبِ (القاموس المحيط: 108)

Perkataan Tibb juga secara majaz (metafora) merujuk kepada makna berlemah lembut, daripada ini perkataan tabib merujuk kepada rafiq iaitu seorang yang berlemah lembut dan melayan dengan baik.

Perkataan Tubb bermakna secara majaz bermakna sihir

Perkataan Tibb (asal maknanya merujuk kepada makna) keinginan dan kehendak, dan secara majaz merujuk kepada keadaan dan kebiasaan (seseorang).

Perkataan Tabb bermakna seorang yang mahir lagi berpengetahuan mendalam. Daripada perkataan Tabb ini datangnya perkataan TABIB.

والطب نوعان طب القلوب ومعالجتها بما جاء به النبي -صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ- عن الله. وطب الأبدان وهو المراد به هنا

Tibb (pengubatan) itu terbahagi kepada dua bahagian:

  1. Pengubatan hati dan cara mengubatinya dengan pengajaran yang diajarkan oleh Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam.
  2. Pengubatan jasad dan badan. Pengubatan yang kedua ini dimaksudkan dalam perbahasan di sini.

Jalan Pengubatan Badan

ومنه ما جاء عن الشارع صلوات الله وسلامه عليه ومنه ما جاء عن غيره وأكثره عن التجربة

  • Melalui wahyu sepertimana yang diberitahu oleh Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam
  • Berdasarkan bukan wahyu, dan kebanyakan bahagian ini adalah berdasarkan pengalaman manusia.
  • Selain pengalaman adalah berdasarkan jalan qiyas (analogi perbandingan), mimpi dan ilham, dan sebagainya. Kaedah selain wahyu termasuk juga melalui kajian dan percubaan makmal.

Contoh qiyas dalam perubatan, seseorang melihat haiwan yang ditimpa penyakit dan haiwan itu mengambil sejenis daun atau buah lalu dimakan dan dilihat kesan penyakit tersebut hilang. Seterusnya manusia meniru perbuatan haiwan tersebut dan mendapati penyakit yang dideritai juga hilang.

Cara Pengubatan

وهو قسمان ما لا يحتاج إلى فكر ونظر كدفع الجوع والعطش وما يحتاج إليهما كدفع ما يحدث في البدن مما يخرجه عن الاعتدال

Pengubatan terbahagi kepada dua:

  1. Pengubatan yang tidak memerlukan fikir dan penelitian seperti menghilangkan lapar dan dahaga
  2. Pengubatan yang memerlukan fikir dan penelitian seperti menghilangkan sesuatu yang menyebabkan badan tidak berada dalam keadaan stabil dan kebiasaannya.
By |2021-10-19T06:54:37+00:00October 19th, 2021|Tibbun Nabawi|0 Comments

Kongsi di dalam media sosial anda

Go to Top