Home/Aqidah/Polemik Wahdatul Wujud dan Wahdatul Syuhud di sisi ulama Deoband (Siri 4)

Polemik Wahdatul Wujud dan Wahdatul Syuhud di sisi ulama Deoband (Siri 4)

15. Manakala aliran wahdat as-syuhud ( antara pemukanya Sheikh Mujaddid alfu thani Rahimahullah) berpandangan bahawasanya sebelum penciptaan alam .tiada langsung disana yang wujud melainkan Allah. Semua mumkinat dahulunya tiada. Nama-nama Allah dan sifat-sifatnya wujud dengan wujud qadim. Segala nama-namaNya dan sifat-sifatNya adalah sifat kamal bagi Allah dan yang sebaliknya adalah kekurangan yang ma’dum. Contohnya lemah lawan bagi qudrat, jahil lawannya ilmu.

Apabila Allah menghendaki mencipta alam maka Dia telah mentajallikan sifat kamalnya keatas segala yang tiada itu maka terpantul sifat kamal pada segala yang tiada lalu terzahirlah dengan pantulan tersebut hakikat-hakikat a’dam dan pantulan tajalli itu memberi rupa kepadanya. Kewujudannya bukanlah kewujudan hakiki tetapi asalnya ialah tiada dan kekurangan,namun disebabkan dengan kelebihan pantulan tersebut tidaklah ia kekal sebagai ketiadaan mutlak. Kewujudannya bukan kewujudan hakiki kerana kewujudan hakiki hanya milik Allah dan tidak juga kewujudan khayali semata-mata seperti mazhab Sheikh Ibnu Arabi. kewujudannya diantara dua martabat wujud ( wujud hakiki dan wujud kahayali) seperti bandingan kewujudan bayang ,justeru itu ia dinamakan wujud zilli.

16. Ini adalah rumusan dan intisari empat aliran wujud berdasarkan tulisan Maulana Asyraf Ali Tahnwi yang diringkaskan oleh Mufti Taqi Uthmani

MAUQIF YANG SELAMAT

17. Pendirian yang selamat ialah seperti yang telah disebut diawal perbahasan iaitu tidak membincangkannya secara terperinci dan menyerahkan hakikatnya kepada

” Kita beriman secara ijmali bahawa wujud Allah tersendiri,sempurna,azali dan qadim. Kewujudan semua makhluk baharu dan bergantung kepada iradah Allah. kewujudan makhluk sangat-sangat naqis berbanding kewujudan Allah ”
18. Adapun mengetahui hakikat kewujudan makhluk yang naqis ini dan bagaimana semua makhluk bersifat dengannya maka kita tidak dibebankan untuk mentahkiknya dan sampai kepada hakikat sebenarnya. Tiada jalan untuk jazam dan pasti tentangnya

19. Zohirnya mazhab jumhur ulama iaitu yang pertama adalah yang rajih berbanding tiga mazhab yang lain kerana ia bertepatan dengan firman Allah

إِنَّمَا أَمْرُهُ إِذَا أَرَادَ شَيْئًا أَن يَقُولَ لَهُ كُن فَيَكُونُ

PENDIRIAN TERHADAP WAHDATUL WUJUD DAN WAHDAT – AS SYUHUD – MUFTI TAQI

20. Adapun mazhab Sheikh Ibnu Arabi dan Sheikh Mujaddid Alfu Thani
– Maka kami serahkan hakikatnya kepada Allah dan kami tidak memanjangkan lidah keatas mereka
– Mereka berbicara dalam masaalah ini kerana faktor-faktor tertentu yang mereka ketahui
– Tidak ada dalam perkataan mereka dalam masaalah ini perkara-perkara yang secara sarih bertentangan dengan nas-nas syarak , dalam masa yang sama tidak didapati sebarang nas yang mewajibkan kita berpegang dengan perkataan mereka atau menjazamkan kebenaran pandangan mereka
– Barangsiapa yang telah mentakwilkan nas-nas syara’ supaya bertepatan dengan mana-mana pandangan ini maka sesungguhnya takwilnya tidak sunyi samaada ia adalah tahrif atau ghuluw takalluf atau taa’ssuf kerana nas-nas syara’ diam tidak membicarakan masaalah ini yang tidak mampu digapai oleh akal manusia

Rumusan Maulana Asyraf Ali Thanwi

21. Sesungguhnya masaalah wahdatul wujud dan wahdat as-syuhud termasuk masaalah-masaalah kasyaf yang tiada madlulnya dari mana-mana nas syara’. Paling tinggi kita katakan pada masaalah ini bahawa ia tidak bertentangan dengan mana-mana nas syara’.

Adapun berusaha mengisbatkannya dengan nas syara’ maka jika ada nas yang ihtimal kepada mazhab tersebut maka perbuatan mengkaitakan nas dengannya kalaupun tidak dipanggil ghuluw ia adalah satu bentuk takalluf
Menjadikan masaalah ini dari asal darjatnya ihtimal sahaja lalu menjadikannya seperti masaalah yang jazam dan yakin maka perbuatan ini adalah ghuluw

22. Adapun jika tiada ihtimal langsung dalam sesebuah nas kearah masaalah ini, maka dakwaan sabitnya masaalah ini melalui nas samaada secara ihtimal atau jazam adalah merupakan tahrif nusus

23. Adapun sekiranya dakwaan makna nas yang bukan atas jalan tafsir atau takwil bahkan hanya sebagai i’tibar maka sekiranya perkara yang didakwa sabit dengan nas lain, maka i’tibar sebegini masih termasuk dalam batas-batas syara’. Adapun jika perkara yang didakwa tidak sabit dalam mana-mana nas maka menggunakan kaedah i’tibar masih dalam kategori takalluf

(Bawadir an-Nawadir 716 ,nukilan oleh Takmilah Fathul Mulhim 4/429)

By |2020-03-07T11:13:07+00:00February 17th, 2020|Aqidah|0 Comments

Penafian : Pihak Darul Ulum Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap artikel yang ditulis di dalam laman sesawang ini. Ia adalah hak milik penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Darul Ulum Malaysia.

About the Author:

Ustaz Ahmad Lutfi Bin Muharam
Beliau adalah salah seorang tenaga pengajar di Madrasah Miftahul Ulum Seri Petaling (MUSP) dan merupakan pakar fiqh Mazhab Syafi'e. Beliau juga menjadi penyampai di dalam slot Tahsinul Ibadah di Radio IKIM.
Go to Top