Home/Psikologi/Salah siapa?

Salah siapa?

Bertemu kita kembali dalam perkongsian saya yang tak seberapa ini. Hari ini nak kongsi tentang kehidupan minda kita.

Rata-rata antara kita sangat suka mencemburui kehidupan orang lain kan.. tapi apa kita semua buat?

Pastinya kita “start” dengan berfikir tentang hal itu.
Urmmm kenapa perlu fikir??

Kita tengok kehidupan orang itu senang, mewah, bagus, dan kita ingin jadi seperti itu.

Tapi berapa ramai yang berusaha ke arah apa yang dia nampak?

Manusia ni suka mencemburui kehidupan orang lain, tetapi adakah dia berusaha?

Kebanyakkan kita hanya BERFIKIR sahaja sehinggakan ada antara kita yang stress, jadi depresi. kerana apa?

Kerana memikirkan apa perkara yang kita inginkan, berfikir soal kehidupan orang lain dan macam-macam lagi.

Tuan/puan, jangan kita terlalu membebankan minda dan otak kita untuk terus berfikir benda dan perkara tak sepatutnya.

Adalah lebih baik dengan membuat “Calling to action” sahaja.

Kerana berfikir yang mendalam membolehkan minda kita “PADAT” dan boleh menyebabkan psychosomatic disorder atau mental illness.

Setiap hari peratusan penghidap psychosomatic disorder dan mental illness semakin meningkat.

Bila kita lihat dari kalangan umur : Peringkat kanak-kanak meningkat bahkan peringkat dewasa juga turut meningkat.

Ini disebabkan apa? Disebabkan kita terlalu berfikir sangat akan kehidupan dan kesenangan orang lain.

Jadi, benda dan perkara yang tak perlu fikir kita cuba elak dari merosakkan minda dan mental kita.

Haaaaa berkaitan minda dan mental ini saya akan hurai pada next perkongsian ya. Inshaallah..

Apa pun usahlah merosakkan minda dan mental kita dengan memikirkan soal orang lain ataupun perkara tidak sepatutnya.

Apa yang kita dengar mahupun lihat. Cukup sekadar kita mencari jalan penyelesaian atau cara bertindak. Bukannya hanya berfikir.

By |2020-11-09T05:06:39+00:00November 8th, 2020|Psikologi|0 Comments

Penafian : Pihak Darul Ulum Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap artikel yang ditulis di dalam laman sesawang ini. Ia adalah hak milik penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Darul Ulum Malaysia.

Kapten Minda Megat Muhammad Elias
Nama : Megat Muhamad Elias
Pekerjaan : Therapist Mental Illness & Consultant

Pelajaran :
- Master in Clinical Counselling and Psychology, National University USA
- Degree in Psychology, Open University
- Diploma in Counselling, KUIM

Kepakaran dalam bidang Human Behaviours and Psikosomatic Disorder serta terapi menggunakan kaedah Hypnotherapy.
Go to Top