Wahai yang bertanyaku apakah benda yang lazat lagi mahal,
Mengisi ruang usus umpama air putih segar,
Itulah durian wahai orang yang kusayangi
Buahnya nampak terlihat seperti janin,
Sahabatku, aroma buahnya tidak tersembunyi lagi,
laksana aroma kasturi mewangi semerbak didalam raga,
Bentuknya seperti landak melipat bulat dirinya,
Durinya terbuat untuk menjaga isinya,
Dibuka dengan kapak dan pisau,
Menciumnya! aduhai sayang menyebabkan makin bertambah kerinduanku kepadanya,.
Agung buahnya yang begitu lazat
Rasanya lebih lazat dan enak dari daging panggang haniz,
Segar bagaikan susu, Enak memecah liur keenakkannya,
Tidak duduk diam perindu durian,
Siang dan malam gila terbayang memeluk ingatan,
Durian mereka pelbagai aneka dan jenis,
Maka wahai taman, jadilah orang yang ada basirah dan pengetahuan tentangnya,
Jenis terbaik adalah yang datang dari hutan,
Yang kurang grednya yang ditanam di padang padang,
Kamu menjamahnya, sebagai buah tunggal kecemerlangannya,
Dialah raja tanpa ada sesiapa yang membantahnya,
Jangan kamu makan dengan mencampurnya dengan makan lain,
Ini durian! bukanlah fattah (sejenis makanan bercampur di Yaman)
Ini ialah perjalanan yang ringkas,
dan memori bernota yang mahal dan nadir,
Ingatan kami di alam Melayu
Sesungguhnya ia adalah sebaik-baik wasiat
Meskipun ada yang mengejek dan menyerang,
Membenci durian dan menjauhkan diri darinya,
Salam sejahtera buat kalian,
Sihat dan sejahtera teruslah makan durian…
Seloka ditulis oleh : Sheikh Muhammad Bazib
Diterjemahkan oleh: Maulana Lutfi Muharam
ياسائلي عن اللذيذ الغالي
الساكن الامعاء كالزلال
فانه الدوريان يا ضنيني
ثماره تبدو كما الجنين
وريحه يا صاح ليس يخفى
كانه مسك يضوع ظرفا
كالقنفذ الملفوف حين يبدو
وشوكه لحمله معد
يفتح بالفاس وبالسكين
بشمه يشتد بي حنيني
يا لك من فاكهة لذيذة
في طعمها ألذ من حنيذة
طرية كأنها اللبنية
وحلوة ترفد للشهية
تطرب من لها يكون عاشقا
يصبح يمسي والهاً معانقا
دوريانهم انواعه كثيرة
فكن لها يا خل ذا بصيرة
اجوده يجلب من غابات
اردأه ما كان في الساحات
تاكله فردا بلا منازع
فهو الامير دونما مدافع
لا تخلطنه بالطعام البتة
فانه الدوريان ليس الفتة
فهذه سياحة وجيزة
ووصفة نادرة عزيزة
ذكرى لنا في عالم الملايا
وهي لنا من اجمل الوصايا
برغم من يهجو ومن يكابر
ويبغض الدوريان او ينافر
وسلامتكم ..
وكل دوريانة وانتم بصحة وعافية
محمد باذيب. كوالالمبور
ليلة الاحد ٤ القعدة ١٤٤٠
موافق ٧ جولاي ٢٠١٩